Telefon Pintar

Google Pixel Telefon Pintar Keluaran Google

Berita baik untuk pengguna Android. Google akan melancarkan telefon pintar keluarannya sendiri yang dijangkakan akan digelar Google Pixel dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

google pixel

Google Pixel Telefon Pintar Keluaran Google

Google akan menyangkan pengumuman rasmi peranti keluarannya, Google Pixel di laman Youtubenya pada 9am 4 Oktober ini waktu PDT Amerika. Petang semalam, Google memposkan laman web dan video telefon pintar terbaharunya itu yang dijangkakan akan digelar Google Pixel mengikut maklumat yang diperolehi oleh Android Police.

Awal bulan ini Google telah menghentikan Project Ara, iaitu projek telefon pintar modularnya berkemungkinan besar kerana ia merasakan tiada siapa mahukan sebuah telefon pintar modular.

Diharap, tidak seperti ARA, Pixel akan menjadi sebuah telefon pintar yang dimauhukan pengguna. Ia dikatakan akan didatangkan dalam dua saiz, Pixel 5 inci dan Pixel XL 5.5 inci. Android Police menganggarkan ia akan dijual pada harga USD649. Laman itu juga telah memposkan gambar telefon pintar itu yang dibocorkan hari ini.

Ini merupakan berita terbesar yang melibatkan dunia telefon pintar Android. Mungkin Google ingin menurut jejak Apple dengan mengawal perisian, ekosistem dan perkakasan telefon pintar yang dibangunkannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top