Telefon Pintar

Hanya 13 Telefon Pintar ini Akan Menerima Windows 10 Creators Update

Umum mengetahui bahawa tidak ramai pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar Windows 10. Sebaliknya telefon pintar ini menjadi satu platform niche yang digemari oleh pengguna tertentu. Berita terbaharu ini khas buat golongan ini. Diumumkan bahawa hanya 13 telefon pintar akan mendapat kemaskini  Windows 10 Creators Update.

Kredit – Techradar

Hanya 13 Telefon Pintar ini Akan Menerima Windows 10 Creators Update

Microsoft akan menerbitkan kemaskini Windows 10 Creators Update untuk telefon pintarnya bermula 25 April dan hanya 13 telefon pintar ini akan disertakan dalam senarai telefon pintar yang boleh menerima kemaskini tersebut. Jika telefon pintar anda tidak tersenarai, malangnya ia tidak boleh dikemaskini.

Telefon-telefon pintar tersebut adalah Alcatel IDOL 4S, Alcatel OneTouch Fierce XL, HP Elite x3, Lenovo Softbank 503LV, MCJ Madosma Q601, Trinity NuAns Neo, VAIO VPB051 dan model-model Lumias berikut: 550, 640, 640 XL, 650, 950 dan 950 XL. Bagi ahli Windows Insiders yang mempunyai peranti yang tidak tersenarai dalam senarai di atas boleh terus menggunakan versi Creators Update yang dipasang pada telefon pintar mereka, namun mereka perlu menanggung sendiri risiko berkaitan penggunaannya pada peranti yang tidak disokong.

Microsoft berkata ia sedia maklum ada pengguna yang akan hampa dengan perkembangan terbaharu ini, namun umum telah lama menyedari hakikat mengenai nasib versi Windows 10 untuk peranti mudahalih itu. Tiada peranti baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat dan kemaskini ini mungkin yang terakhir bagi OS tersebut sebelum (kemungkinan) penamatannya.

Dalam arena telefon pintar, Microsoft nampaknya berpuas hati dengan menerbitkan versi perisiannya untuk platform iOS dan Android, terutamanya pada Android. Perisiannya sangat mudah disuaikan hingga Microsoft boleh sahaja menggantikan aplikasi lalai Google dengan yang diterbitkannya sendiri.

Dengan usahanya untuk menyatukan pengalaman penggunaan OS pada laptop dan tablet menemui kejayaan kebelakangan ini, hanya masa dapat menentukan samada ia boleh menaikkan semula OS telefon pintarnya itu. Tambahan pula, dengan pengenalan versi Windows 10 yang boleh dijalankan pada peranti ARM, kemungkinan itu lebih tinggi dari yang ramai jangkakan. Mampukah Microsoft melakukannya? Satu persoalan yang menarik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top