Telefon Pintar

Harga Dan Warna Samsung Galaxy S8 Bocor

Kini tiba giliran pembocor maklumat peranti terkenal Even Blass untuk membocorkan maklumat telefon pintar akan datang, Samsung Galaxy S8. Maklumat dalam bentuk gambar dan harga jualan peranti dibocorkan melalui laman Twitter miliknya.

Harga Dan Warna Samsung Galaxy S8 Bocor

Gambar-gambar yang dibocorkan menunjukkan peranti yang mempunyai bingkai skrin yang sangat nipis dan ditawarkan dalam 3 warna; Black Sky, Orchid Grey dan Arctic Silver.

Warna peranti, bagaimanapun, hanya terhad kepada bahagian belakang dan bahagian tepi peranti tersebut, dengan bahagian bingkai atas dan bawah skrin berwarna hitam pada setiap pilihan warna peranti. Berikut pula merupakan tweet beliau mengenai harga jualan telefon pintar tersebut serta beberapa aksesorinya.

Walaubagaimanapun, seperti diketahui umum, Samsung masih belum lagi mengesahkan maklumat tersebut secara rasmi walaupun terlalu banyak maklumat dan gambar telah dibocorkan setakat. Harus diketahui juga Evan Blass juga pernah membocorkan apa yang dipercayai gambar promosi pertama telefon pintar Samsung Galaxy S8.

Telefon pintar Samsung Galaxy S8 dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac ini dan akan mula djual secara global mulai 21 April ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top