Telefon Pintar

HTC U 11 Bakal Dilancarkan Dengan Prestasi Membanggakan

Telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ialah HTC U 11 dan dari keputusan benchmark Geekbench yang dibocorkan, ia mempunyai prestasi membanggakan apabila ia dilancarkan 16 Mei ini.

HTC U 11

HTC U 11 Bakal Dilancarkan Dengan Prestasi Membanggakan

Sebuah peranti dengan nama kod HTC CBP telah mendapat markah 1912 untuk prestasi satu teras dan 6137 markah untuk prestasi bebilang teras dalam ujian benchmark Geekbench, meletakkannya sebaris dengan telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus yang dilancarkan baru-baru ini.

Butiran benchmark tersebut juga membutirkan spesifikasi pemproses Snapdragon 835 CPU dari Qualcomm, 4GB RAM, dan Android Nougat 7.1.1. Ini selari dengan khabar angin yang dikhabarkan berkaitan telefon pintar akan datang itu. Oleh itu, ia tentu tidak akan menghampakan anda dalam tugasan yang diberikan kepadanya.

HTC senditi telah mendemonstrasikan satu fungsi kawalan “mencengkam” yang memerlukan pengguna mencengkam kedua belah sisi telefon pintar untuk mengawal atau mengerakkan pilihan menu. Dijangkakan juga satu perkakasan audio perkualiti tinggi dalam telefon pintar terbaharu itu.

Dikhabarkan juga ia akan dilengkapi skrin 5.5 inci dan mungkin juga didatangkan dengan skrin sekunder seperti yang terdapat pada HTC U Ultra baru-baru ini (walaupun tidak disenaraikan dalam keputusan benchmark).

Apa pun, HTC perlu memperlihatkan sebuah telefon pintar yang luarbiasa bagi memastikan ia boleh bersaing dengan Apple dan Samsung. Segalanya akan diterangkan dalam acara pelancaran yang akan diadakan pada 16 Mei ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top