Perisian

iOS 10 Dilancarkan Dengan Pelbagai Masalah

Apple telah melancarkan kemaskini terbaharu iOS 10 semalam dan seperti jangkaan ramai dengan setiap kemaskini, kemaskini ini menimbulkan beberapa masalah kepada pengguna iPad dan iPhone. Terdapat beberapa masalah yang disengajakan dan tidak disengajakan Apple yang perlu dipulihkan.

 

iOS 10 Dilancarkan Dengan Pelbagai Masalah

ios 10

Di sini kami paparkan masalah lazim yang berlaku dengan kemaskini iOS 10 dan bagaimana memperbaikinya.

Bateri Cepat Habis

Olehkerana terdapat pelbagai ciri-ciri pada iOS 10, tidak mengejutkan jangkahayat bateri akan menjadi masalah. iOS 10.1 akan memperbaiki masalah tersebut, tetapi sehingga ia diterbitkan, apa yang ada boleh lakukan ialah pergi ke  Settings > General > Background App Refresh. Ia akan menyenaraikan aplikasi yang ada pada peranti anda dan kebanyakannya tidak perlu dikemaskini dalam latarbelakang. Ia memakan kuasa bateri.

Matikan Fitness Tracking dan aplikasi tidak penting di Settings > Privacy > Motion & Fitness. Jika anda mempunyai Apple Watch, anda tidak perlukan fitness tracking. Aplikasi seperti Health, Microsoft Health, TripAdvisor dan Waze juga memantau pergerakan anda, jadi matikan ia juga.

Matikan WiFi dan data mudahalih pada masa yang tepat. Jika anda di pejabat atau rumah, gunakan Wi-Fi dan padamkan data mudahalih untuk menjimatkan tenaga bateri. Di luar pula, hidupkan data mudahalih dan matikan Wi-Fi supaya iPhone anda tidak berterusan tercari-cari isyarat Wi-Fi.

Kecerahan skrin juga merupakan sebab utama yang memakan kuasa bateri. Gunakan kecarahan berpatutan di dalam bangunan dan cuba gunakan jam tangan untuk melihat waktu, bukan telefon pintar.

Periksa Settings > battery untuk memeriksa aplikasi yang memakan kuasa bateri paling banyak dan kemudian matikan yang mana tidak diperlukan.

Masalah “Bricking” iOS 10

Sesetengah pengguna melaporkan peranti mereka mengelami “Bricking” (iaitu peranti langsung tidak dapat dihidupkan atau tersekat pada skrin mula). Penyelesaiannya agak ringkas dan melibatkan iTunes pada PC/Mac.

Sebenarnya anda patut membuat sandaran (backup) peranti anda pada iTunes sebelum kemaskini. Tetapi apa pun kisahnya, anda boleh menggunakan perisian tersebut untuk memasang kembali perisian peranti anda.

Isu Wi-Fi dan Bluetooth

Perkara ini dilaporkan berlaku pada setiap kemaskini iOS. iOS 10 tidak terkecuali. Apa yang boleh dilakukan ialah pergi ke Go to Settings > General > Reset > Reset Network Settings. Ia pilihan ketiga dari atas. Hati-hati supaya anda tidak memilih Reset All Settings and Erase All Content and Settings, jika tidak, nahas peranti anda.

Isu Butang Home

iOS 10 mengubah fungsi butang home, memandangkan fungsi “Slide to Unlock” tidak lagi wujud. Ia membuatkan anda menekan pada pengimbas cap jari Touch ID.

Tetapi tidak semua menyukai perubahan ini dan mahukan cara membuka kunci iPhone/iPad dengan cara lama dengan hanya mengimbas cap jari tanpa menekannya (seolah-oleh ia terlalu sukar untuk menekan butang Home). Untuk mengubah semula kepada cara asal, pergi ke Settings > General > Accessibility > Home Button dan hidupkan seting “Rest Finger to Open”.

Setakat ini, masalah-masalah di atas merupakan masalah yang dilaporkan. Kami pasti akan ada masalah lain yang akan timbul selepas ini. Jika kami mendapat tahu tentang masalah baharu, kami akan mengemaskini pos ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top