Telefon Pintar

iPhone 7 Dilancarkan Secara Rasmi

Apple telah mengadakan acara pelancaran iPhone 7 awal pagi tadi memperlihatkan pengenalan beberapa pembaharuan termasuk pada Apple Watch Series 2, iWork, pengenalan beberapa aksesori seperti Airpod dan beberapa aksesori dari Beats music dan Nike.

iPhone 7

iPhone 7 Dilancarkan Secara Rasmi

Sejujurnya, tidak banyak yang mengejutkan mengenai acara pelancaran Apple kali ini kerana kebanyakan perkara yang diumumkan telahpun dibocorkan sebelum acara ini dilangsungkan. Namun, perincian mengenai produk yang dilancaran sememangnya ditunggu-tunggu peminat. Berikut adalah antara produk-produk menarik yang diperkenalkan awal pagi tadi.

Mario Run

Mario Run

Nintendo telah membuat pengenalan permainan video mudahalih Mario Run pada acara tersebut. Permainan ini hampir sama dengan permainan asal Super Mario, namun dalam permainan terbaharu ini, watak Mario akan berjalan ke kanan secara automatik dan pemain perlu mengawal lompatannya untuk mengumpul syiling emas dan cendawan/bunga ajaib.

Menariknya, permainan ini juga boleh dimainkan secara atas talian dengan mencabar rakan anda. Anda boleh bertanding dengan rakan anda, siapa yang menamatkan permainan paling cepat dengan bilangan syling emas yang paling banyak. Lebih menarik, ia boleh dimainkan dengan hanya sebelah tangan, jadi anda boleh bermainnya ketika berdiri di dalam LRT, atau jika sedang memakan burger (seperti disebut Miyamoto-san, pencipta watak Mario asal yang memberikan ucapan pengenalan).

Apple Watch Series 2

Pokemon Go

Apple juga telah memperkenalkan Apple Watch Series 2. Walaupun rekabentuknya sama dengan model sebelumnya, ia mempunyai penambahbaikan penting padanya yang membezakannya dengan Apple Watch sebelumnya yang kini dikenali sebagai Apple Watch Series 1:

  1. Pemproses dual core baharu yang memberikan prestasi pemprosesan dan grafik yang lebih baik berbanding dahulu. Menariknya, kini Apple Watch Series 1 juga akan dilengkapkan dengan pemproses ini.
  2. Skrin yang lebih terang, seterang 1000nits untuk kejelasan skrin yang lebih baik di tempat terang.
  3. Kalis Air sehingga 50M. Apple mensasarkan ciri ini kepada para perenang atau mereka yang gemar berenang tiap-tiap hari. Ia membolehkan mereka mengukur kecergasan dan kalori yang dibakar ketika berenang.
  4. GPS terintegrasi. Ciri ini disasarkan kepada mereka yang gemar berjogging. Ia membolehkan anda memantau kedudukan anda tanpa perlu membawa iPhone ketika berjogging. Jam tangan pintar itu akan memantau kedudukan anda menggunakan GPS terintegrasi.
  5. Aksesori tali jam tangan yang lebih menarik, termasuk dari jenama Hermes dan Nike.
  6. Pokemon Go juga telah memperkenalkan aplikasi Watch OS untuk digunakan bersama aplikasi iOS bagi memberikan pemain kemudahan yang lebih semasa bermain permainan tersebut. Ia boleh memaparkan maklumat seperti telur yang sedang dieram, memberi notifikasi Pokemon yang berada berhampiran dan juga maklumat inventori pemain.

Apple Watch

iWork

iWork

iWork, atau Office versi Apple telah lama tidak dikemaskini. Kini Apple telah memperbaharuinya dengan memperkenalkan ciri penting yang ditunggu-tunggu pengguna, iaitu ciri kolaborasi masa nyata atau real time collaboration. Ciri ini membolehkan anda menjemput rakan-rakan anda mengedit sebuah dokumen iWork samada Pages, Keynote ataupun Numbers.

Para peserta boleh mengedit secara masa nyata dan peserta-peserta lain juga akan dapat melihat perubahan tersebut secara masa nyata. Ini mempercepatkan kerja berkumpulan yang biasanya mengambil masa yang lebih lama sebelum ini kerana hanya seorang sahaja yang boleh mengedit dokumen pada satu masa.

iPhone 7

iPhone 7 Plus

Banyak perkara mengenai telefon pintar iPhone 7 telahpun dibocorkan sebelum pelancarannya, jadi pengumuman pagi tadi tidaklah bergitu mengejutkan. Antara ciri-ciri utamanya adalah:

  1. Rekabentuknya tidak banyak berbeza daripada rekabentuk iPhone 6S, namun ia menambah satu warna baharu iaitu Jet Black, iaitu warna hitam berkilat yang kelihatan seperti warna jet pejuang. Walaubagaimanapun, laporan mengatakan warna ini mudah menampakkan calar.
  2. Kalis air dan habuk dengan sertifikasi IP67.

    screen-shot-2016-09-08-at-2-05-36-am

  3. Butang Home dengan Taptic Engine bagi memberi tindakbalas semasa menekannya.
  4. Tiada jek audio analog. Seperti dijangka Apple mengeluarkan jek audio analog dari iPhone 7. Headphone kini perlu menggunakan port Lightening. Walaubagaimanapun, Apple menyertakan penyuai dengan iPhone 7 untuk menyambungkan headphone biasa kepada port Lightening.

    screen-shot-2016-09-08-at-2-25-46-am

  5. AirPods, iaitu earphone tanpa wayar Apple. Menggunakan cip W1 yang membolehkan fungsi “pairing” dengan hanya menekan satu butang pada skrin iPhone dan kebolehan menjawab panggilan dengan menyentuh pada permukaan AirPods itu. Ia didatangkan dengan bateri pengecas yang juga berfungsi sebagai kotak untuk membawanya. Bateri pengecas ini boleh dicas semula menggunakan kabel Lightening.

    screen-shot-2016-09-08-at-2-31-10-am

  6. Selain itu, terdapat aksesori headphone dari Beats Audio yang turut menggunakan cip W1 ini. Antaranya Beats Solo Wireless, PowerBeats Wireless dan BeatsX. screen-shot-2016-09-08-at-2-33-30-am
  7. Ia kini mempunyai dua speaker stereo, satu di bahagian bawah dan satu di bahagian atasnya bagi memberikan audio yang terbaik dalam mod lanskap.
  8. Pemproses A10 yang mempunyai 4 teras, dua teras untuk prestasi dan dua pemproses untuk efisyensi. Ia mempunyai kuasa pemprosesan 40% lebih pantas berbanding pemproses A9 dan 2x lebih pantas dari A8. Teras efisyensi padanya pula menggunakan 1/5 kuasa berbanding pemproses prestasi dan semua ini dikawal oleh cip pengawal presatsi baharu.

  9. Prestasi grafiknya pula 50% lebih pantas dari premproses A9 dan 3x lebih pantas berbanding A8 manakala pada masa yang sama menggunakan 2/3 jumlah kuasa yang digunakan A9 dan 1/2 kuasa yang digunakan A8.

    screen-shot-2016-09-08-at-2-38-03-am

  10. Bateri iPhone 7 pula boleh bertahan sehingga 14 jam (masa bercakap 3G) manakala iPhone 7 Plus bertahan selama 21jam (masa bercakap 3G). Apple mendakwa ia merupakan iPhone yang mempunyai jangkahayat bateri yang paling lama.

    screen-shot-2016-09-08-at-2-42-24-am

  11. FeliCa atau NFC versi Jepun kini disokong oleh Apple Pay, membolehkan ciri tersebut digunakan oleh pengguna Jepun.
  12. Akhir sekali ciri utamanya yang terhebat, iaitu kameranya.
    1. Untuk iPhone 7, kameranya dilengkapi penstabilan imej optikal untuk kestabilan imej dan presatsi lebih baik dalam keadaan kurang bercahaya.
    2. Lensa 6 elemen dengan apature f/1.8 yang membenarkan 50% lebih banyak cahaya masuk ke sensor.

      screen-shot-2016-09-08-at-2-06-58-am

    3. Sensor 12MP pantas, 60% lebih pantas dan 30% lebih efisyen.
    4. Flash True Tone 4 LED yang menghasilkan 50% dan ia juga dilengkapi sensor kelipan cahaya yang mengesan kelipan cahaya sekeliling dan mengawal flash mengikut input dari sensor tersebut.
    5. Ia juga mempunyai pemproses imej baharu yang lebih pantas. Setelah mengambil gambar, ia mengimbas imej yang diambil, membandingkan pencahayaan terbaik dan melalui beberapa proses yang lain, semua itu dilakukannya dalam masa 25 milisaat sahaja.
    6. Live Photos juga menerima fungsi penstabilan imej, and kebolehan mengedit yang lebih baik.

      screen-shot-2016-09-08-at-2-07-48-am

    7. Di samping itu iPhone 7 boleh mengambil foto dalam format RAW bagi para professional yang ingin mengedit gambar secara professional. Tambahan pula, Adobe Lightroom kini ditawarkan untuk iPhone dan mempunyai kebanyakan fungsi yang sama pada versi penuh di PC.
    8. Kamera Facetime 7MP (meningkat dari 5MP) yang boleh menangkap julat warna yang lebih besar serta distabilkan secara automatik.
    9. Bagi iPhone 7 Plus pula, kameranya mempunyai dua lensa, satu lensa sudut luas dan satu lagi lensa telefoto. Lensa sudut luas digunakan untuk mengambil gambar lanskap yang luas, manakala lensa telefoto membolehkan zum optikal sebanyak 2x dan zum digital berkualiti tinggi sehingga 10x. Dengan perisian pintar, lensa ini juga boleh mengambil potret dengan kesan “shallow depth of field” atau lebih dikenali sebagai kesan Bokeh, satu teknik fotografi yang biasanya hanya boleh diperolehi dengan kamera DSLR atau kamera kompak berprestasi tinggi.

screen-shot-2016-09-08-at-2-01-14-am

Ternyata iPhone 7 dan 7 Plus disasarkan kepada jurufoto atau mereka yang mementingkan foto yang terbaik di mana iPhone 7 Plus dikhaskan untuk jurugambar professional. Malah Apple telah memberikan iPhone 7 Plus kepada beberapa jurugambar professional dan maklumbalas mereka sangat positif.

Harga

Tanpa SIM, iPhone 7 dijual pada harga USD749 untuk versi 32GB, USD849 untuk versi 128GB dan USD949 untuk versi 256GB ruang storan. Manakala iPhone 7 Plus pula dijual pada harga USD769 untuk versi 32GB, USD869 untuk versi 128GB dan USD 969 untuk versi 256GB.

screen-shot-2016-09-08-at-2-47-59-am

Beli atau tidak?

Daripada apa yang dilihat pada pelancaran ini, kekuatan utama iPhone 7 dan 7 Plus adalah kameranya. Jika anda seorang jurufoto professional dan ingin mencari sebuah kamera sandaran yang cukup baik untuk mengantikan kamera “point and shoot” anda, kerana kualiti gambar yang dihasilkan sememangnya boleh menandingi kamera jenis tersebut, walaupun dalam keadaan kurang bercahaya. Memang berbaloi untuk mendapatkan telefon pintar ini. Dinasihatkan untuk mendapatkan terus iPhone 7 Plus.

screen-shot-2016-09-08-at-2-49-33-am

Tetapi jika anda pemilik iPhone 6/Plus atau 6S/Plus dan anda bukan jurufoto professional, lebih baik anda kekal dengan telefon pintar sedia ada. Apple juga telah menaikkan jumlah storan bagi iPhone 6S yang ia masih jual kepada minimum 32GB dan maksimum 128GB. Jadi jika fotografi bukan keutamaan anda, mungkin anda boleh dapatkan model lama itu.

screen-shot-2016-09-08-at-2-49-41-am

Namun sepekara yang kami lihat di acara ini ialah kesungguhan Apple untuk menjual, menjual dan terus menjual lebih banyak aksesori kepada pengguna setianya. Jadi pastikan dompet anda tebal sebelum beralih ke platform iOS/iPhone.

Galeri

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top