Telefon Pintar

iPhone 8 Dikhabarkan Dibelenggu Masalah Produksi

Dengan pelancaran Samsung Galaxy S8 pandangan seluruh dunia kini menghala kepada Apple dan syarikat itu kini ditekan untuk mengeluarkan sebuah iPhone 8 baharu yang dapat menandingi kehebatan Galaxy S8. Walaubagaimanapun penganalisis Ming-Chi Kuo dari KGI Securities mengatakan syarikat tersebut sedang bergelut untuk menghasilkan bekalan stok yang disasarkan. Ia dikatakan 2 bulan di belakang jadual produksinya.

iPhone 8 Dikhabarkan Dibelenggu Masalah Produksi

Menurut Ming-Chi Kuo, penambahbaikan signifikan dalam perkakasan dan rekabentuk iPhone 8 merupakan sebab utama kelewatan yang dialami Apple. Peningkatan dalam produksi yang biasanya berlaku pada bulan Ogos/September berkemungkinan dilewatkan sehingga Oktober atau November, sekaligus berkemungkinan akan mengganggu bekalan produk itu pada musim Christmas di mana kebanyakan pelanggan membeli-belah. Ini juga akan mengganggu anggaran jualan Apple pada musim cuti itu. iPhone 8 masih dijangka dilancarkan pada bulan September ini, namun bekalannya mungkin terhad.

Kuo juga menjangkakan Apple akan melancarkan iPhone 7 dan 7S bersama-sama telefon pintar baharu itu, tetapi kedua-dua telefon pintar tersebut hanyalah penambahbaikan kecil berbanding apa yang akan dilihat pada iPhone 8 nanti. Model-model iPhone 7 dan 7S tidak mengalami gangguan bekalan seperti yang disebut di atas, namun, dijangka pelanggan akan lebih berminat dengan iPhone 8 dan menunggu sehingga masalah bekalannya selesai dan mendapatkan model tersebut.

Kesannya, Apple dijangka akan menjual jumlah telefon pintar yang kurang pada separuh kedua tahun ini berbanding separuh kedua tahun lepas. Ini tentunya memberi kesan kepada keuntungan yang diperoleh Apple tahun ini. Apa pun, masa akan menentukan samada ramalan Ming-Chi Kuo ini akan menjadi realiti atau tidak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top