Telefon Pintar

Kekurangan Data Menghalang Pelancaran Bixby Di Luar Korea

Kekurangan “big data” disebut sebagai salah satu penyebab yang menghalang pelancaran global Bixby, pembantu peribadi digital dari Samsung. Bixby tidak disertakan dalam Galaxy S8 dan S8 Plus di luar Korea setakat ini walaupun telefon-telefon pintar tersebut telahpun dijual sejak bulan April lagi.

Kekurangan Data Menghalang Pelancaran Bixby Di Luar Korea

Bulan lepas satu sesi pengujian dijalankan oleh sebilangan pengguna terpilih di US, jelas sekali untuk menjalankan ujian dunia nyata. Kini, akhbar The Korea Herald berkata kelewatan pelancaran global Bixby adalah kerana Samsung tidak mempunyai cukup data contoh untuk menjalankan algoritmanya. Masalah komunikasi antara pasukan Korea dan Amerika juga menjadi satu punca kelewatan itu.

Teknologi “deep learning” di sebalik Bixby dan pembantu pintar lain direka untuk membantu aplikasi AI mengecam arahan dan bertindak ke atasnya. Tetapi bot pintar ini memerlukan data contoh yang banyak pada permulaannya, yang merupakan satu tugas yang sukar dicapai memandangkan terdapat hanya sedikit penguji berbahasa Inggeris yang mengujinya.

Samsung telahpun tersasar dalam menepati beberapa tarikh pelancaran global yang ditentukannya sendiri, jadi tidak mustahil pengguna terpaksa menunggu lama sedikit untuk pelancarannya secara global. Sementara itu pengguna bolehlah menggunakan Google Assistant sebagai ganti.

Hanya setalah Samsung menyelesaikan masalah big data yang dihadapinya, ia boleh melengkapkan aplikasi pembantu pintar itu ke dalam speaker pintar dan peranti lain. Nampaknya terdapat sebuah speaker pintar dengan nama kod Vega sedang dalam pembangunan, tetapi semuanya tidak berguna jika pembantu pintar itu tidak dapat dilengkapkan padanya. Diharap Samsung dapat menyelesaikan masalah datanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top