Telefon Pintar

LG G6 dilancarkan

LG bukanlah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar teratas, namun ia pernah mengeluarkan telefon-telefon pintar yang mendapat penerimaan tinggi di kalangan pengguna. Walaubagaimanapun, tahun lepas LG menaruhkan nasibnya kepada sebuah konsep baharu yang diperkenalkan pada LG G5, iaitu telefon pintar modular. Malangnya taruhan itu tidak menjadi dan LG G5 kurang mendapat sambutan. Sebenarnya, untuk menjadikan sesebuah telefon pintar itu berjaya, peranti itu tidak perlu mempunyai 1001 innovasi baharu, sebaliknya ia hanya perlu berfungsi dengan baik dan tidak membebankan fikiran pengguna dengan kecelaruan penggunaannya. Itulah yang dilakukan LG dengan LG G6 tahun ini.

LG G6 dilancarkan

LG G6 mempunyai rekabentuk badan yang diperbuat dari logam dan kaca dengan bingkai skrin yang agak nipis, menjadikannya cantik dipandang. Spesifikasinya juga cukup baik untuk sesebuah telefon pintar premium dan tidak menghampakan. Berikut adalah spesifikasi telefon pintar itu.

Ukuran: 148.9 x 71.9 x 7.9 mm vs 149.4 x 73.9 x 7.7 mm
OS: Android 7 Nougat on both
Saiz skrin: 5.7-inch vs 5.3-inch
Resolusi: 2880 x 1440 vs 2560 x 1440
CPU: Snapdragon 821 vs Snadragon 820
RAM: 4GB on both
Storan: 32GB on both
Bateri: 3300mAh vs 2800mAh
Kamera utama: 13MP berkembar vs dual 16MP+8MP
Kamera hadapan: 5MP (sudut luas) vs 8MP

Jika dibandingkan dengan model G5, model G6 dilengkapi skrin yang lebih besar, iaitu 5.7 inci berbanding 5.3 inci pada model G5. Resolusi skrinnya juga dipertingkatkan, walaupun bukan sebuah skrin 4K. LG juga mengambil keputusan untuk menggunapakai CPU Snapdragon 821 berbanding Snapdragon 835 baharu, namun jika dilihat daripada pengalaman sebelum ini, ia mungkin keputusan yang baik sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku pada CPU Snapdragon 835 yang baharu itu.

Bateri dalam telefon pintar baharu itu juga dipertingkatkan dari 2800mAh kepada 3300mAh. Kameranya juga berbeza dari yang terdahulu, di mana ia menggunapakai kamera 13MP berkembar sebagai kamera utamanya berbanding kamera 16MP + 8MP yang digunapakai pada model terdahulu.

Selain itu, telefon pintar LG G6 merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi teknologi Dolby Vision yang membolehkan sokongan kandungan HDR. Walaupun tidak banyak kandungan HDR tersedia, ia sangat berguna untuk masa akan datang.

Apa pun, LG telah kembali ke jalan konvensional dalam penghasilan telefon pintar dengan hanya menambahkan penambahbaikan kecil pada telefon pintar berbanding mengintegrasikan innovasi hebat yang tidak menarik minat pengguna biasa. LG bagaimanapun belum mengumumkan tarikh jualan dan harga bagi telefon baharu itu. Kita mungkin akan mengetahuinya dalam hari-hari akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top