Telefon Pintar

Maklumat Baharu Samsung Galaxy S8 Bocor

Samsung akan melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S8 pada hari Rabu, 29 Mac 2017. Sehubungan dengan itu, dijangka banyak maklumat mengenai akan dibocorkan sehingga ke acara pelancarannya. Di sini kami sertakan 2 maklumat mengenai telefon pintar itu yang telah dibocorkan baru-baru ini.

Maklumat Baharu Samsung Galaxy S8 Bocor

Pertama sekali, satu pemfailan tandaniaga telah dilakukan Samsung untuk sebuah peranti yang dinamakan “Infinity Display”. Ini sedikit sebanyak mengesahkan khabar angin mengenai Samsung yang dijangka mengeluarkan sebuah skrin dengan bingkai yang sangat nipis. Nama tersebut pernah dikhabarkan sebelum ini dan pemfailan tandaniaga tersebut hanya mengesahkannya.

Kedua, terdapat laporan dari laman The Investor dari Korea Selatan yang mendakwa ia mengetahui tarikh pembukaan tempahan untuk telefon pintar tersebut. Menurut mereka, Samsung dikatakan akan membuka tempahan untuk Samsung Galaxy S8 bermula 10 April dan tarikh jualannya pula dikatakan ditetapkan pada 21 April.

Walaupun maklumat yang dibocorkan tidaklah begitu sensasi, namun, ia memberi gambaran sedikit sebanyak apa yang akan Samsung umumkan dalam acaranya pada 29 Mac nanti. Malah pada tahap ini, tidak banyak lagi kita tidak tahu mengenai peranti tersebut, terutamanya apabila kebocoran video peranti tersebut berlaku tidak lama dahulu.

Peranti tersebut dijangka akan dilengkapi pemproses Snapdragon 835 atau Exynos 8895, bergantung kepada zon anda membelinya. Ia juga dikatakan akan didatangkan dalam saiz 5.8-inci dan 6.2-inci, kedua-duanya dengan skrin melengkung QHD.

Apa pun, segalanya akan didedahkan pada acara pelancarannya pada penghujung bulan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top