Telefon Pintar

Meizu Pro 6 Plus Merupakan Samsung Galaxy Note 7?

Sepertimana anda ketahui, Samsung Galaxy Note 7 telah ditamatkan pengeluarannya akibat masalah bateri yang tidak berjaya diselesaikan Samsung. Namun, jika anda ingin merasai potensi kegemilangan phablet tersebut, Meizu Pro 6 Plus baru sahaja dilancarkan.

Meizu Pro 6 Plus

Meizu Pro 6 Plus Merupakan Samsung Galaxy Note 7?

Meizu Pro 6 Plus dilengkapi pemproses Exynos 8890, 4GB RAM, kamera utama 12MP , kamera hadapan 5MP, mengimbas cap jari dan pemantau denyutan jantung. Spesifikasi ini kelihatan hampir serupa dengan Samsung Galaxy Note 7.

Sunggupun begitu, ia tidak didatangkan dengan pen stylus dan rekabentuknya pula lebih menyerupai iPhone 7 Plus berbanding Note 7. Tetapi tidak dapat dinafikan spesifikasinya sama dengan Note 7, terutamanya dengan pemproses buatan Samsung, Exynos 8890.

meizu-pro-6-plus

Bateri Pro 6 Plus lebih kecil berbanding Note 7, pada kapasiti 3,400mAh (Note 7 mempunyai bateri 3,500mAh) manakala kamera hadapan dan utamanya mempunyai apatur yang lebih rendah berbanding Note 7, yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti foto yang diambil.

Telefon pintar ini didatangkan dalam varian 64GB dan 128GB ruang storan dan mempunyai dimensi 155.6 x 77.3 x 7.3mm dan berat 158g. Ini menjadikannya bukan sahaja lebih panjang dan lebar berbanding Note 7, malah lebih nipis dan ringan.

Meizu juga telah menyertakan antaramuka Flyme 6 OS baharu yang dijalankan di atas Android yang menurut syarikat itu mempunyai 400 ciri-ciri baharu termasuk proses menangkap gambar yang dipertingkatkan dan aplikasi batu cari telefon hilang yang ditambahbaik.

Telefon pintar ini akan dijual di Amazon UK, namun Meizu belum mengumumkan harganya, bila ia akan dilancarkan atau samada ia akan dijual di negara lain selain UK.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top