Telefon Pintar

Mengapa Bateri Galaxy Note 7 Terbakar?

Sepertimana yang anda ketahui, Samsung memanggil semula berjuta telefon pintar Galaxy Note 7 dan menghentikan jualannya berikutan masalah yang dilaporkan yang menyebabkan baterinya terbakar ketikat dicas semula. Pengguna Youtube dengan nama akaun JerryRigEverything membedahsiasat bateri telefon pintar tesebut bagi mengetahui bahagian mana yang menyebabkan masalah tersebut.

Galaxy Note 7

Mengapa Bateri Galaxy Note 7 Terbakar?

Dalam video JerryRigEverything, pengacaranya menerangkan mengenai sistem keselamatan dan sistem sandaran yang ada pada telefon pintar Samsung Galaxy Note 7. Video itu boleh ditonton di bawah.

Secara ringkas beliau menerangkan bahawa telefon pintar itu mempunyai beberapa lapisan keselamatan untuk memastikan bateri tersebut tidak dicas berlebihan, bocor mahupun terbakar. Bermula dari alat pengecasnya, kabel, papan litar telefon pintar, sehingga papan litar yang terdapat pada bateri itu sendiri.

Berdasarkan corak kebakaran yang berlaku pada telefon pintar yang dilaporkan meletup, beliau mendapati bateri itu sendiri yang terbakar. Ini bermakna samada bahan litium yang digunakan tercemar dengan logam lain ataupun papan litar bateri (yang berfungsi untuk menghalang bateri dari dicas secara berlebihan) mempunyai masalah.

Apa pun sebabnya, bateri pada telefon pintar tersebut mesti digantikan dan itulah yang sedang Samsung lakukan untuk para pelanggannya.

Adakah anda salah seorang pemilik Samsung Galaxy Note 7, samada yang dibawa masuk secara persendirian ataupun yang dibeli secara sah di Malaysia? Nampaknya anda perlu membuat lawatan ke pusat servis Samsung secepat mungkin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top