Telefon Pintar

Microsoft Melancarkan Telefon Bimbit Nokia 216

Microsoft masih mengeluarkan telefon bimbit Nokia dan dalam satu pengumuman mengejut, syarikat itu mengumumkan pelancaran telefon bimbit Nokia 216. Walaupun ia mengumumkan akan menjual bahagian telefon bimbitnya kepada FIH Mobile, sebuah anak syarikat Foxconn, ia masih mengeluarkan telefon bimbit Nokia.

nokia 216

Microsoft Melancarkan Telefon Bimbit Nokia 216

Nokia 216 merupakan telefon bimbit paling asas dalam barisan produk Microsoft dan akan dijual di India bulan hadapan pada harga sekitar USD37. Ia dilengkapi skrin QVGA 2.4 inci dengan kamera 0.3MP di hadapan dan di belakangnya serta melarikan OS Siri 30 dengan pelayar web Opera Mini. Ia juga dilengkapi jek fon kepala.

Sebab mengapa Microsoft masih mengeluarkan telefon bimbit amat mudah. Ia masih menjual berjuta telefon bimbit setiap bulan. Syarikat itu sebelum ini berharap pengguna telefon jenis itu akan mendaftar sebagai pengguna akaun Microsoft dan menjadi sebahagian ekosistemnya tetapi tidak jelas samada berjuta-juta pengguna tersebut berbuat demikian. Microsoft membayangkan ia akan menghentikan pengeluaran telefon pintar jenama Lumia dan khabar angin baru-baru ini menyebut ia akan dihentikan menjelang penghujung tahun ini.

Khabar angin juga mengatakan Microsoft akan mengeluarkan telefon pintar berjenama Surface tahun hadapan. Pada masa ini, strategi telefon pintar Lumia dan Windows Phone nampaknya tidak menjadi dan jualan bagi kedua buah telefon pintar itu telah menjunam sejak pengumuman penstrukuran semula syarkat itu tahun lepas. Microsof telah mengecilkan perniagaan telefon pintarnya dan memberhentikan pekerjanya sebagai langkah pelupusan pemerolehan bahagian telefon pintar Nokia bernilai USD7.6 billion.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top