Telefon Pintar

Microsoft Menghentikan Sokongan Kepada Semua Windows Phone

Windows Phone

Masa yang tidak kita inginkan telah tiba. Microsoft telah secara rasmi menghentikan sokongan kepada OS peranti mudahalihnya, Windows Phone 8.1 semalam. Perkara ini telah diberitahu melalui laman rasmi satu laman sokongan rasmi Microsoft pada penghujung tahun lepas dan menandakan penghentian kemaskini, naik taraf dan pemeriksaan keselamatan dari Microsoft untuk platform Windows Phone.

Windows Phone

Microsoft Menghentikan Sokongan Kepada Semua Windows Phone

Walaupun, platform Windows Phone ditamatkan, platform mudahalih Windows 10, iaitu Windows 10 Mobile masih lagi digunakan, malah dikhabarkan Microsoft mempunyai produk baharu yang menggunapakai platform berkenaan dalam pembangunan.

Mengenai halatuju Microsoft selepas ini, menurut CEOnya, Satya Nadella membayangkan bahawa syarikat berkenaan masih berminat untuk mengeluarkan telefon pintar, namun bukan dalam bentuk yang biasa kita lihat.

Walaupun ia hanyalah spekulasi buat masa sekarang, kami masih berharap Microsoft terus mengeluarkan produk dan apa yang dimaksudkan Satya dengan kenyataannya adalah ia bakal memperkenalkan sebuah produk yang inovatif sebagai projek besar syarikat tersebut yang seterusnya, mungkin juga produk itu adalah Surface Phone. Ini kerana sejak kebelakangan ini Microsoft dilihat telah mencapai beberapa kejayaan dalam OS peranti mudahalihnya itu, antaranya kebolehan Windows 10 dilarikan pada prmproses ARM. Tidak mustahil ia akan berjaya mencapai satu formula kemenangan dalam bentuk telefon pintar tidak lama lagi.

Sehingga waktu itu tiba, bagi pengguna telefon pintar yang tidak dapat menaiktaraf ke Windows 10 Mobile, masa untuk mencari sebuah telefon pintar yang lain buat masa ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top