Telefon Pintar

Moto C: Telefon Pintar Super-Bajet Terbaik?

Moto C

Menurut VentureBeat, di samping Moto X, Moto Z dan Moto G5 Plus, syarikat itu akan turut mengeluarkan telefon pintar Moto C dan Moto C Plus yang akan ditujukan kepada pasaran super-bajet.

Moto C

Moto C: Telefon Pintar Super-Bajet Terbaik?

Telefon pintar Moto C dan C Plus akan menampilkan rekabentuk seakan Moto G5. Oleh itu tidak hairanlah gambarnya yang dibocorkan di atas menunjukkan sebuah telefon pintar  dengan kemasan logam mengelilingi bingkai telefon pintar itu dan bahagian kamera yang berbentuk bulat di belakangnya.

Tetapi terdapat perbezaan dari segi spesifikasinya berbanding model G5. Pertama, dilihat ia tidak dilengkapi dengan pengimbas cap jari seperti “saudaranya” itu. Munasabah, memandangkan ia sebuah telefon pintar bajet. Di samping itu, Moto C juga dilengkapkan dengan butang navigasi kapasitif, bukan butang maya pada skrin. Speakernya pula diletakkan di bahagian belakang.

Kedua-dua model Moto C dan C Plus akan dilengkapi skrin 5 inci dan slot MicroSD. Walaupun syarikat itu telah membahagikan Moto C kepada dua model, tiada perbezaan dari segi fizikal luaran telefon pintar itu. Untuk mengetahui perbezaannya, anda perlu melihat spesfikasi dalamannya.

Kedua-dua model ini dilengkapi cip Mediatek dan Android Nougat, tetapi berbeza dari segi resolusi skrin. Masing-masing mempunyai skrin dengan resolusi 854 x 480 dan 1,280 x 720 bagi model C dan C Plus. Ia dikatakan dilengkapi cip empat teras, namun kelajuannya berbeza mengikut pasaran mana ia dijual. Dari segi kapasiti bateri, model Plus dilengkapi bateri 4,000 mAh, manakala model C hanya dilengkapi bateri 2,350 mAh.

Bilangan RAM pada model C dihadkan kepada 1GB dan model Plus pula mempunyai samada 1GB atau 2GB RAM bergantung kepada pasaran mana ia dijual. Ruang storan ditetapkan pada 8GB, namun terdapat pilihan 16GB di sesetengah pasaran.

Maklumat yang dibocorkan tidak disertakan harga jualan telefon pintar ini, namun jika dilihat pada spesifikasinya, ia dijangka dijual tidak melebihi USD100. Apa pun, kita perlu menunggu sehingga Motorola membuat pengumuman rasmi mengenai telefon pintar ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top