Telefon Pintar

Nokia 3310 Bakal Membuat Kemunculan Semula Di MWC 2017

4 buah telefon pintar akan hadir ke acara MWC 2017 dalam masa beberapa minggu akan datang, menurut seorang pemberi maklumat yang boleh dipercayai. Pemegang hak pengeluaran telefon pintar Nokia, HMD akan mendedahkan telefon-telefon pintar tersebut di acara di Barcelona itu, menurut Evan Blass dari VentureBeat yang memetik sumbernya. Dikatakan Nokia 3310 akan membuat kemunculan semula.

Nokia 3310 Bakal Membuat Kemunculan Semula Di MWC 2017

Peranti pertama merupakan Nokia 6 yang dilancarkan di China baharu-baharu ini. Ia dilengkapi Android 7 Nougat, 64GB ruang storan, 4GB RAM, skrin 5.5 inci HD penuh dan rekabentuk unibody. Ia dijual di China pada harga 1699 Yuan.

Walaupun Nokia dijangka hanya akan memperkenalkan peranti itu di acara MWC 2017 ia dikatakan akan turut mengumumkan tentang memperluas pasaran sasarannya. Ia juga dikatakan akan dijual pada harga USD265.

Peranti berikutnya adalah Nokia 5 dan Nokia 3 yang digambarkan sebagai peranti untuk pasaran lebih rendah. Ia akan melarikan Android 7 Nougat, namun tidak mempunyai spesifikasi sebaik Nokia 6.

Nokia 5 dijangka dilengkapi pemproses Snapdragon 430, sama seperti Nokia 6, namun dilengkapi skrin sebesar hanya 5.2 inci dengan resolusi 720p. Jumlah RAMnya hanya 2GB dan kameranya mempunyai jumlah MP kurang dari Nokia 6. Ia akan dijual pada harga kira-kira USD210.

Nokia 3 pula akan dijual pada harga USD160.

Sebagai tambahan, HMD akan membawa semula telefon bimbit lagenda Nokia 3310. Ia menjadi kegilaan para pemuda-pemudi di awal tahun 2000an. Ia akan dijual pada harga bajet USD62.

Nokia 3310

Daripada harga-harga peranti yang didedahkan ini, HMD dijangka menyasarkan pasaran Eropah dengan telefon-telefon pintar keluaran mereka.

HMD akan mengadakan acara media pada 26 Februari ini di mana ia akan mendedahkan perancanganya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top