Telefon Pintar

Nokia 8 Bocor Memperlihatkan Kamera Berkembar Carl Zeiss

Nokia 8 merupakan telefon pintar spesifikasi tinggi terbaharu yang dikhabarkan akan dikeluarkan HMD Global setelah melancarkan Nokia 3, 5 dan 6 tidak lama dahulu. Terbaharu, foto dan butiran mengenai telefon pintar yang belum dilancarkan itu, bocor ke web memperlihatkan apa yang dipercayai spesifikasi dan rekabentuk penuhnya.

Nokia 8 Bocor Memperlihatkan Kamera Berkembar Carl Zeiss

Seperti dibocorkan VentureBeat, Nokia 8 merupakan telefon pintar 5.3 inci Android Nougat dengan skrin melengkung pada kadar 2.5D, bingkai skrin yang hampir tidak kelihatan dan kamera lensa berkembar Carl Zeiss yang dikatakan dilengkapi sensor 13MP.

Bulan lepas, usahasama Nokia dengan Carl Zeiss disambut baik oleh pihak media dengan mengatakan ia merupakan satu langkah terbaik dalam usaha syarikat itu untuk memperkenalkan kamera lensa berkembar ke dalam produknya. CMO HMD Global, Pekka Rantala mengatakan syarikatnya ingin memberikan pengalaman pengimejan yang lebih baik kepada pelanggannya, tetapi kita perlu melihat dahulu prestasi kamera Nokia 8 untuk mengesahkan samada ia berjaya dalam misinya itu.

Walaubagaimanapun, memandangkan jumlah masa sejak pelancaran Nokia 3, 5 dan 6 yang telah berlalu agak lama, agak memeranjatkan betapa sedikitnya apa yang dilakukan Nokia dari segi rekabentuk untuk membezakan Nokia 8 dengan model-model sebelumnya (jika benar gambar di atas merupakan rekabentuk muktamadnya).

Dari segi spesifikasi pula, ia kelihatan setanding dengan telefon pintar berspesifikasi tinggi terkini dengan resolusi skrin 2K, 4/6GB RAM dan pemproses Snapdragon 835 bakal memuaskan hati pengguna, samada anda pengguna biasa atau hardcore.

Menurut VentureBeat, HMD Global mungkin merancang pengumuman Nokia 8 pada 31 Julai ini dan dikatakan akan mula dijual pada harga USD 675, satu harga yang jauh lebih tinggi dari spekulasi sebelum ini, namun kita harus menunggu pengumuman rasmi untuk mendapat kepastian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top