Telefon Pintar

Lakaran Nokia 9 dan Nokia 8 Bocor Menampilkan Rekabentuk Tanpa Bingkai

Tidak banyak kedengaran mengenai model telefon pintar Nokia 9 dan Nokia 8 yang akan datang, tetapi satu set lakaran telefon-telefon pintar tersebut menggambarkan telefon-telefon pintar tersebut akan diilhamkan trend terkini yang ditampilkan LG dan Samsung dengan bingkai skrin diminimumkan.

Nokia 9 dan Nokia 8

Lakaran Nokia 9 dan Nokia 8 Bocor Menampilkan Rekabentuk Tanpa Bingkai

Imej lakaran skematik yang diberikan seorang pembocor maklumat yang enggan dikenali kepada NokiaPowerUser menunjukkan telefon pintar Nokia 9 dan Nokia 8 dengan skrin yang sangat besar memonopoli bahagian hadapannya. Dalam kes Nokia 9, tiada ruang untuk meletakkan butang Home dan pengimbas cap jarinya diletakkan di bahagian belakang. Nokia 9 dilihat menggunapakai aspect ratio 18:9 seperti yang digunapakai GAlaxy S8 dan LG G6, manakala Nokia 8 kekal menggunapakai aspect ratio 16:9 biasa. Malangnya tiada maklumat spesifikasi disertakan dengannya.

Namun, harus diingat bahawa imej-imej ini tidak boleh diambil sepenuhnya sebagai gambaran sepenuhnya produk tersebut. Tambahan pula ia bercanggah dengan khabar angin yang disebarkab sebelum ini berkenaan rekabentuk peranti-peranti tersebut.

Khabar angin sebelum ini mengatakan telefon-telefon pintar ini mungkin akan tampil dengan badan yang diperbuat dari logam, manakala ada cakap-cakap mengenai kehadiran kamera 22MP dengan lensa Carl-Zeiss untuk model Nokia 9 yang lebih premium. Terdapat juga cakap-cakap mengenai kewujudan Nokia 7.

Setakat ini telefon pintar Nokia keluaran HMD Global berjaya kembali menarik minat pengguna kepada jenama tersebut, tetapi stakat ini, nampaknya kita perlu menunggu pengumuman rasmi sebelum memberi kata-dua mengenai telefon pintar premium keluaran mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top