Tablet

Nokia Kembali Mengeluarkan Telefon Pintar dan Tablet

Setelah divisyen telefon pintar Nokia diambilalih oleh Microsoft, jenama tersebut seolah-olah mati buat seketika. Namun setelah perjanjian yang menghalangnya mengeluarkan telefon pintar janamanya sendiri telah tamat tempoh, syarikat Finland itu bakal kembali mengeluarkan telefon pintar dan tablet. Nokia kembali menemui peminatnya!

Nokia kembali

Nokia Kembali Mengeluarkan Telefon Pintar dan Tablet

Sebuah syarikat baharu, HMD, bakal ditubuhkan sebagai anak syarikat Foxconn bertujuan mengeluarkan telefon pintar dan tablet berjenama Nokia. Syarikat itu menandatangani perjanjian perlesenan dengan Nokia selama 10 tahun untuk hak eksklusif mengeluarkan telefon pintar dan tablet menggunakan janama syarikat tersebut.

Namun telefon pintar baharu berjenama Nokia tidak akan melarikan Windows 10 Mobile, sebaliknya akan menjalankan platform Android. Belum dapat dipastikan samada ia akan menjalankan antaramuka Z Launcher seperti Nokia N1 atau antaramuka umpama Windows Phone seperti pada Nokia X.

Ia bukan sahaja melibatkan telefon pintar sahaja, malah telefon bimbit juga. HMD mengadakan persetujuan dengan Microsoft untuk menggunapakai jenama Nokia pada telefon bimbit sehingga tahun 2024 dan menggunakan hakcipta berkaitan perniagaan telefon bimbit Microsoft. Malah Microsoft menjual keseluruhan perniagaan telefon bimbitnya kepada syarikat induk HMD, iaitu Foxconn pada harga USD 350 juta.

Jenama Nokia masih terkenal di negara-negara membangun, di mana telefon bimbit dan pintar kos rendah masih mendapat tempat yang prominen di pasaran berkenaan. Tidak hairan mengapa HMD beriya-iya memberi fokus kepada pasaran ini, di samping produk berspesifikasi tinggi.

Ini juga bermakna, kita mungkin akan melihat rekabentu ala Lumia pada telefon bimbit dan pintar keluara Nokia, memandangkan Microsoft telah membenarkannya.

Syarikat HMD juga dipimpin oleh pemimpin berkaleber, dengan Arto Nummela dilantik sebagai CEO dan Florian Seiche sebagai presiden syarikat. Walaupun kurang dikenali, Nummela sebelum ini memegang jawatan penting dalam Nokia dan beliau sekarang merupakan ketua perniagaan peranti mudahalih Microsoft, EMEA dan perniagaan telefon bimbit global Microsoft.

Seiche pula merupakan timbalan presiden kanan bagi pemasaran dan jualan Eropah di Microsoft Mobile. Sebelum itu beliau memegang jawatan penting di Nokia dan HTC.

Masih terlalu awal untuk menentukan samada barisan kepimpinan ini dapat membawa kembali kegemilangan jenama Nokia, tetapi jika mereka berjaya memanfaatkan nostalgia peminat Nokia terhadap jenama itu, maka mereka mempunyai potensi besar untuk berjaya.

Apa pun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan HMD sebelum ia boleh mula mengeluarkan peranti, jadi peminat masih perlu menunggu untuk melihat samada peranti yang dikeluarkan layak memaparkan logo Nokia atau tidak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top