Telefon Pintar

Nokia Tidak Tolak Kemungkinan Melancarkan Lebih Banyak Telefon Retro

Pekka Rantala, iaitu CMO HMD Global, syarikat Finland di sebalik kemunculan semula telefon pintar berjenama Nokia, termasuk pembuatan semula telefon retro Nokia 3310 Februari lalu berkata syarikat tersebut bukan berada dalam nostalgia. Sebaliknya syarikat itu ingin menyambung semula legasi 150 tahunnya tanpa mengubah nilai-nilai yang dipegang syarikat tersebut.

telefon retro

Nokia Tidak Tolak Kemungkinan Melancarkan Lebih Banyak Telefon Retro

Pekka Rantala menambah lagi dengan mengatakan Nokia tidak berusaha untuk menjenama semula jenamanya. Sebaliknya ia ingin mengartikulasikan jenama tersebut dengan cara baru dan moden. Beliau ingin memastikan dunia tahu kekuatan syarikat itu dan ia sedang berusaha sedaya upaya, bukan setakat mencari keuntungan jangka pendek dengan melancarkan telefon retro seperti 3310.

Terdapat 3 model telefon pintar Android baharu, Nokia 3, 5 dan 6 yang membawa adunan rekabentuk baharu di samping harga yang mampu milik serta identiti terdahulu Nokia bagi mengujakan peminat setia jenama telefon pintar tersebut.

Model telefon retro 3310 dilancarkan bagi menarik perhatian pengguna kepada telefon pintar Nokia 3, 5 dan 6 serta memastikan jenama Nokia kembali dalam ingatan mereka. Nampaknya strategi ini berkesan. Permintaan untuk model 3310 sentiasa tinggi dan stoknya sering habis dijual, memberikan satu “masalah positif” untuk diselesaikan Nokia. Rantala tidak mendedahkan jumlah unit yang dijual, tetapi beliau bekata angka itu sangat tinggi.

Syarikat itu sedang menilai pengalaman pelancaran produk retro seperti 3310 ini dan tidak menolak kemungkinan pendekatan tersebut (melancarkan produk retro) akan menjadi satu tawaran tetap syarikat tersebut. Tiada pengumuman rasmi dari HMD Global, namun memandangkan sambutan terhadapnya sangat menggalakkan, syarikat itu ingin memenuhi keperluan pengguna itu. Syarikat itu juga mendengar dengan teliti maklumbalas daripada pelanggan tetang model retro yang manakah patut ia lancarkan semula.

Model telefon retro manakah anda rasakan ia patut lancarkan semula? Telefon pintar yang memfokuskan kepada gaming, N-Gage? Nokia N95 yang disukai ramai? Atau telefon pintar kompak 8210?

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top