Telefon Pintar

OnePlus 3T Akan Dilancarkan 15 November?

Walaupun khabar angin mengatakan OnePlus 3T akan dilancarkan pada 14 November, OnePlus telah tampil membuat pengumuman di Twitter bahawa ia akan melancarkan satu produk pada 15 November ini, kurang seminggu dari sekarang.

oneplus 3t

OnePlus 3T Akan Dilancarkan 15 November?

Walaubagaimanapun OnePlus tidak mengumumkan secara jelas produk apa yang akan dilancarkannya, namun ia mengesahkan melalui Tweet berkenaan bahawa ia alan dilengkapi pemproses Snapdragon 821 berkelajuan 2.35GHz, lebih tinggi sedikit berbanding pemproses Snapdragon 820 yang berkelajuan 2.15GHz yang dilengkapkan pada OnePlus 3.

Walaupun syarikat itu tidak menyatakan nama produk yang akan dilancarkan, ia sudah hampir pasti telefon pintar OnePlus 3T memandangkan ia merupakan satu-satunya peranti OnePlus yang dijangkakan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia juga dikhabarkan akan dilengkapi pemproses Snapdragon 821 dan skrin LCD menggantikan skrin AMOLED pada OnePlus 3 terdahulu.

Selain itu, spesifikasi lain telefon pintar ini dijangka sama dengan model sebelumnya. Ini bermakna, jika anda telahpun mempunyai telefon pintar OnePlus 3, telefon pintar ini bukanlah untuk anda, memandangkan penambahbaikannya hanya kecil.

Tetapi, jika anda sedang dalam pencarian sebuah telefon pintar berprestasi tinggi pada harga yang mempu milik, anda mungkin patut menunggu pelancarannya. Mungkin OnePlus akan mengejutkan semua dengan ciri-ciri telefon pintar yang tidak dijangka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top