Telefon Pintar

OnePlus 3T Dilancarkan

OnePlus telah melancarkan kemaskini telefon pintar terbarunya, OnePlus 3T. Walaupun ia secara teknikal sebuah telefon pintar baharu, namun ia lebih dilihat sebagai penambahbaikan ke atas OnePlus 3 oleh para pengguna telefon pintar Android.

oneplus 3t

OnePlus 3T Dilancarkan

OnePlus 3T dilengkapi skrin, rekabentuk dan pengimbas cap jari yang sama dengan OnePlus 3 asal tetapi menambah beberapa komponen baharu dan memperlihatkan harganya meningkat. Menurut Carl Pei, pengasas bersama OnePlus, huruf “T” pada namanya juga tidak mempunyai makna yang spesifik.

Telefon pintar ini akan mula dipasarkan di US pada 22 November manakala di Eropah pada 28 November. Tidak dapat dipastikan samada pasara Asia akan menerima telefon pintar ini atau tidak. Harganya USD 439 untuk model dengan 64GB ruang storan dan USD 479 untuk model dengan 128GB ruang storan.

oneplus-3t-2

Berikut adalah spesifikasi ringkas telefon pintar OnePlus 3T:

  • Berat: 158g
  • Ukuran: 152.7 x 74.7 x 7.35mm
  • OS: Android 6.0.1 (boleh dinaiktaraf ke Android 7 menjelang penghujung tahun ini)
  • Saiz Skrin: 5.5-inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • CPU: Snapdragon 821
  • RAM: 6GB
  • Storan: 64/128GB
  • Bateri: 3,400mAh
  • Kamera utama: 16MP
  • Kamera hadapan: 16MP

Seandainya telefon pintar ini tiba ke pasaran tanahair, bagi anda yang sememangnya sedang mencari sebuah telefon pintar, maka anda dialu-alukan mendapatkan telefon pintar ini. Tetapi, sekiranya anda telahpun mempunyai sebuah telefon pintar OnePlus 3, maka kami tidak galakkan.

oneplus-3t-3

Kami syak, varian telefon pintar ini dikeluarkan secara tergesa-gesa untuk menyasarkan musim cuti Krismas di mana para konsumer sememangnya menanti-nantikan jualan hebat dari semua gedung membeli belah. Lagipun, memandangkan tahun 2017 hampir ke penamat, adalah baik untuk menunggu sehingga MWC 2017 untuk melihat peranti baharu yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Ini bagi mengelakkan kekecewaan setelah membeli telefon pintar dan mendapat tahu ia telah ketinggalan zama hanya beberapa bulan selepas membelinya.

Apa pun, tidak dapat dinafikan OnePlus 3T adalah sebuah peranti baharu yang berkuasa dengan harga berpatutan. Cuma mungkin waktu pelancarannya di penghujung tahun dan ramai sedang menanti peranti 2017.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top