Telefon Pintar

[Video]OnePlus 5 Hanyalah Satu Hype Yang Mengelirukan, Kata TechAltar

TechAltar merupkan salah satu saluran Youtube kegemaran kami dan Martin, hosnya, mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai dunia teknologi, khususnya telefon pintar setelah bekerja dalam syarikat Oppo untuk beberapa ketika. Terbaharunya, beliau memberi komen mengenai telefon pintar OnePlus 5 yang baharu dilancarkan dan akan turut dijual di Malaysia pada 6 Julai ini. Tontonlah video tersebut untuk mengetahui apa yang diperkatakannya mengenai telefon pintar tersebut dan syarikat OnePlus itu sendiri.

OnePlus 5

OnePlus 5 Hanyalah Satu Hype Yang Mengelirukan, Kata TechAltar

Sebagai sinopsis, beliau tidak mempunyai masalah besar dengan telefon pintar OnPlus 5, tetapi apa yang dikatakan mengenai syarikat OnePlus itu sendiri membuka mata. Terdapat 3 poin penting mengenai syarikat itu yang beliau kurang bersetuju.

  1. Ia syarikat kecil – OnePlus gemar mengakui syarikatnya adalah syarikat kecil. Namun pada realitinya syarikat itu telah berusia lebih 5 tahun dan telah mengeluarkan lebih 4 model telefon pintar sebelum ini. Martin menyoal sampai bila ia mahu mendakwa dirinya syarikat kecil?
  2. Never Settle – Cogankatanya yang bermaksud syarikat itu tidak akan berpuas hati dan akan sentiasa ingin mengeluarkan telefon pintar terbaik. Namun pada hakikatnya jika dilihat pada model OnePlus 5, ia mempunyai spesifikasi telefon pintar berspesifikasi tinggi yang ketinggalan satu tahun, walaupun ia dijual pada harga yang lebih rendah. Martin menyoal, adalah lebih baik membeli telefon pintar jenama terkenal seperti LG G5 model tahun lepas yang lebih murah daripada OnePlus 5, tetapi mempunyai spesifikasi lebih kurang sama. Pada masa yang sama, ia tidaklah semampu milik seperti yang ia dakwa.
  3. Listen to customers – Pada mulanya, memang OnePlus mengeluarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga mampu milik, namun, lama kelamaan ia semakin “syok sendiri”. Martin memberi conton sarkastik di mana beliau membayangkan peminat OnePlus tentunya mahukan sebuah telefon pintar yang kelihatan sama seperti iPhone (merujuk kepada OnePlus 5 yang menyerupaki sebuah iPhone).

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan OnePLus 5 adalah sebuah telefon pintar yang baik, namun adakah ia menepati cogankata atau misi dan visi yang dimiliki OnePlus? Tontonlah video berkenaan dan berikan pendapat anda mengenainya. Adakah anda setuju dengan Martin dari TechAltar atau sebaliknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top