Telefon Pintar

Pandangan Pertama: Nokia Lumia 920 – Handphone Kamera Terbaik?

Dengan Apple dan Samsung kini mendominasi pasaran telefon bimbit, mungkin ada di antara anda yang inginkan kelainan. Berita baik untuk anda Nokia, jenama telefon bimbit terkemuka dari Finland tersebut baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Nokia Lumia 920.

Bagi sesiapa yang memiliki Lumia 900 iaitu generasi terdahulu bagi model ini, terdapat sedikit sahaja perbezaannya dengan model terbaru ini. Lumia 920 mempunyai skrin sesentuh yang sedikit lebih luas, dilengkapi hardware yang berprestasi lebih tinggi dan peningkatan dari segi berat iaitu sebanyak 25g berbanding Lumia 900.

Dari segi system operasi pula, Windows Phone 8 juga tidak banyak bezanya dengan Windows Phone 7. Akan tetapi, sekiranya anda memiliki Lumia 900, anda tidak boleh menaik taraf kepada Windows Phone 8 kerana ia tidak memiliki perkakasan yang mencukupi seperti Lumia 920.

Spesifikasi

Sistem Operasi: Windows Phone 8
Cip: 1.5 GHz dual-core processor
Skrin: 4.5 inci
RAM: 1 GB
Kamera: 8.7 megapixel

Perbandingan

Pesaing yang paling hampir dengan model ini adalah HTC Window Phone 8X yang di mana Lumia 920 lebih 2 mm lebih rendah, 4.6 lebih lebar, 0.48 mm lebih tebal dan 55 gram lebih berat.

lumia 920

Oleh kerana saiznya yang lebih besar, ia dimuatkan dengan teknologi PureMotion HD+ di mana ia memiliki kualiti dan sensitiviti skrin yang cukup menakjubkan samada dengan menggunakan jari, sarung tangan mahupun objek lain seperti kunci, pen dan sebagainya. Skrinnya juga dilengkapi dengan pelindung dan anda tidak perlu risau dengan kesan calar.


(ihsan dari: Nokia)

Kelebihan utamanya terdapat pada kualiti gambar yang dihasilkan terutamanya pada waktu malam dan juga kawasan tertutup. Anda boleh lihat perbandingan kualiti gambar di antara Lumia 920, HTC 8X, iPhone 5 dan Samsung Galaxy Note 2.

Pelancaran Rasmi

Untuk pasaran Asia, stok pertama bagi Nokia Lumia 920 akan hanya boleh didapati di Hong Kong, India, Thailand dan Vietnam. Manakala bagi pasaran Singapura pelancaran rasmi adalah pada bulan Disember. Namun begitu, buat masa ini belum ada pengumuman rasmi bilakah peranti ini akan mula dijual di Malaysia.

Kesimpulan TechKini

Jika anda inginkan telefon bimbit yang mampu berfungsi sebagai kamera digital, Nokia Lumia 920 merupakan pelaburan yang bijak kerana ia umpama 2 gadget dalam 1. Malah, ia juga menggabungkan teknologi terkini dan lama yang sesuai bagi golongan gemarkan telefon bimbit yang lengkap.

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Tarikh Pelancaran Dan Harga Nokia Lumia 920 dan 820 (Singapura) - TechKini.com

  2. Pingback: Pandangan Pertama : Huawei Ascend W1 - TechKini.com

  3. Pingback: Huawei Ascend P2 Di Mobile World Congress 2013 - TechKini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top