Telefon Pintar

Projek Ubuntu Phone Secara Rasmi Tamat

Ingatkah anda beberapa tahun lalu Canonical mengumumkan ia akan mengeluarkan Ubuntu Phone dan telah melancarkan satu acara crowdfunding di Indiegogo untuk membangunkan telefon pintar itu. Pada ketika itu Canonical mempelopori konsep Convergence Computing yang kini telah dilaksanakan oleh Microsoft melalui fungsi Continuum. Dipendekkan kisahnya, acara crowdfunding itu gagal, dan walaupun Canonical tetapi mencari jalan untuk membangunkan telefon pintar tersebut, ia kini mengumumkan secara rasmi ia telah menghentikan usahanya untuk mengeluarkan telefon pintar tersebut.

Ubuntu Phone

Projek Ubuntu Phone Secara Rasmi Tamat

Pangasas Canonical dan Ubuntu, Mark Shuttleworth mengumumkan dalam pos blog miliknya bahawa syarikat itu akan menghentikan pembangunan platform Unity iaitu perisian telefon pintar dan convergence keluarannya. Perisian ini penting bagi mewujudkan satu antaramuka pada berbilang peranti. Pengurus Komuniti Canonical, Michael Hall turut mengumumkan ia akan menghentikan segala operasi berkaitan telefon pintar dan tablet sekaligus memusnahkan harapan melihat sebarang peranti convergence yang melarikan Ubuntu OS.

Sehubungan dengan penutupan bahagian telefon pintar dan tablet, OS Ubuntu Desktop akan kembali semula ke platform GNOME. Versi desktop OS tersebut tidak akan dimansuhkan.

Menurut Canonical, pada mulanya mereka beranggapan mereka boleh menyediakan satu platform convergence percuma kepada pengguna yang kecewa dengan sistem tertutup digunapakai oleh penyedia perkhidmatan sedia ada dan inginkan sebuah sistem yang terbuka untuk membuat sebarang perubahan sendiri. Malangnya anggapan mereka salah dan pasaran lebih memihak kepada sistem yang sedia ada walaupun ia tertutup. Mereka menyedari apa yang mereka lakukan hanya membawa kepada fragmentasi pengguna dan bukan innovasi. Dengan kata lain, keputusan untuk meninggalkan projek Ubuntu Phone adalah kerana masalah kebolehlaksanaan dari segi komersial dan dari segi komuniti penggunanya, di mana Canonical gagal mendatangkan sebarang kemajuan dalam kedua-dua aspek itu.

Sebaliknya pula, syarikat itu semakin menempa kejayaan dalam bidang IoT dan cloud. Ia ingin memperkuatkan kehadirannya dalam bidang infrastruktur cloud, industri automotif, robotik, rangkaian dan pembelajaran mesin.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top