Telefon Pintar

Prototaip iPhone 6S Diuji Tahan BendGate

iPhone 6 terkenal dengan skandal “BendGate” di mana sebilangan penggunanya melaporkan telefon pintar merekan boleh bengkok dalam keadaan tertentu. Satu video terbaharu yang mungkin membuktikan Apple telah cuba menyelesaikan masalah tersebut telah diterbitkan di Youtube. Video itu menunjukkan pengujian apa yang dipercayai prototaip iPhone 6S terhadap kebolehbengkokan.

iPhone 6S Bendgate

Prototaip iPhone 6S Di Uji Tahan BendGate

Ada sebab mengapa iPhone 6S yang akan kurang terdedah kepada bengkok. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus diperbuat daripada aluminium 6063 yang mudah ditempa, manakala iPhone 6S yang akan datang diperbuat daripada Aluminium 7000 yang tidak mudah ditempa, menjadikannya secara teori lebih kuat dan mempunyai lebih ketahanan daripada bengkok.

Pengguna Youtube Unbox Therapy yang menerbitkan video tersebut memperolehi apa yang didakwanya prototaip iPhone 6S daripada seorang pembocor maklumat terkenal bernama Sonny Dickson. Menurut beliau yang juga menjalankan ujian “BendGate” tersebut, apa yang menjadikan aluminium lebih kuat ialah kandungan zink di dalamnya. Malangnya zink ini mudah terhakis.

Satu lapisan penganodan yang lebih tebal dikesan pada casing tersebut apabila ia diimbas melalui x-ray. Ia mengelakkan zink dari terhakis, bermakna Apple telah mengambil langkah ekstra untuk membendung BendGate.


Menurut Unbox Therapy, ketahanan iPhone 6S kepada BendGate agak membanggakan. iPhone 6 membengkok apabila beban 30 paun ditumpukan berhampiran butang volum dan kuasa, iaitu kawasan yang paling lemah pada peranti tersebut. iPhone 6S pula hanya membengkok apabila dikenkan bebanan 80 paun.

Ini bermakna peranti baharu itu lebih kurang 2.5 kali lebih kuat berbanding model sebelumnya, jika benar apa yang diuji dalam video tersebut merupakan iPhone 6S sebenar.

Kami jangkakan Apple akan menekankan ciri ini sebagai satu penambahbaikan utama pada iPhone 6S apabila ia dilancarkan nanti. Ini bakan menutup mulut pengkritik yang mengkritiknya berkenaan BendGate.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top