Kamera

RED Hydrogen One Sebuah “Mesin Media Holografik”?

Red Hydrogen one

RED memang terkenal dengan kamera-kamera filem digital terbaik di Holywood, namun, kini ia mengeluarkan sebuah produk yang berbeza dalam bentuk telefon pintar Android atau lebih dikenali sebagai sebuah “mesin media Holografik” yang antaranya membolehkan pengguna menonton kandungan media 3D tanpa kaca mata 3D. Telefon pintar ini dinamakan RED Hydrogen One.

Red Hydrogen one

RED Hydrogen One Sebuah “Mesin Media Holografik”?

Butiran mengenai telefon pintar RED Hydrogen One ini sangat sedikit dan hanya berupa sebuah laman tunggal pada laman web RED rasmi yang membolehkan anda menempahnya. Ia sebuah telefon pintar Android dengan skrin “holografik professional” berukuran 5.7 inci yang berupaya memaparkan kandungan 2D, 3D dan juga kandungan holografik RED 4-view. Ia berkemungkinan menggunapakai teknologi serupa dengan Nintendo 3DS tetapi dalam pakej yang berharga USD 1,195 untuk versi aluminium dan USD 1,595 untuk model dengan badan diperbuat daripada Titanium ringan.

Ia juga akan dilengkapi algoritma proprietari H3O terbenam dalam OSnya yang boleh menukarkan audio stereo kepada “audio multi-dimensi luas” yang boleh mensimulasikan pengalaman bunyi keliling 5.1 melalui sepasang headphone. Kameranya pula jelas sekali menyasarkan golongan pembikin filem bagi membolehkan mereka membikin filem menggunakan telefon pintar mereka.

Satu bonjolan kamera jelas kelihatan di bahagian belakang telefon pintar tersebut yang dijangka merupakan sebuah kamera yang berkeupayaan tinggi dalam video dan foto. Namun jika dilihat kepada sejarah pencapaian RED, dijangka ia produk ini merupakan sesuatu yang hebat. Disamping ia boleh dijadikan paparan luaran bagi kamera seperti RED Epic, Scarlett dan sebagainya, ciri yang paling menarik adalah Hydrogen One boleh dipertingkatkan menggunakan komponen modular untuk mempertingkatkan keupayaannya sebagai sebuah peralatan pembikinan filem.

Namun apa pun, inginkah anda menempah telefon pintar ini berdasarkan hanya satu gambar dan janji manis RED? Tepuk dada tanya selera.

1 Comment

1 Comment

  1. Mama pipie

    July 7, 2017 at 10:08 pm

    Wow canggihnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top