Telefon Pintar

Rekabentuk iPhone 8 Bocor

Semakin kita menghampiri tarikh pelancaran telefon pintar baharu iPhone 8, yang biasanya berlangsung pada bulan September, semakin banyak khabar angin dan maklumat dibocorkan mengenai peranti tersebut. Terbaharu, satu imej yang menunjukkan rekabentuk keseluruhan telefon pintar tersebut telah dibocorkan.

Rekabentuk iPhone 8 Bocor

Dalam imej iPhone 8 yang dibocorkan, rekabentuk yang ditampilkan agak berbeza dengan rekabentuk telefon pintar iPhone sebelum ini. Ia menunjukkan peranti dengan skrin dengan bingkai yang sangat nipis, butang Touch ID di bahagian belakang dan kamera berserta flash yang disusun secara menegak di bahagian belakang.

Imej ini diperolehi dari laman Weibo /LEAKS dan dipercayai diambil dari komputer pengimejan teknikal pengilang iPhone, Foxconn.

iPhone 8

Walaupun tiada apa yang disahkan Apple setakat ini, imej yang dibocorkan mengesahkan beberapa khabar angin berkaitan telefon pitar tersebut, terutamanya ciri tiada butang Home/Touch ID di bahagian hadapan dan skrin yang hampir tiada bingkai.

Orientasi kameranya juga sama dengan sebuah imej yang dipercayai lukisan skematik telefon pintar yang dibocorkan baru-baru ini, walaupun pengimbas cap jari Touch ID tidak ditampilkan dalam lukisan skematik itu.

Perlu diingatkan bahawa Apple biasanya membuat beberapa prototaip sebelum ia tiba ke rekabentuk muktamad sesebuah produknya. Tidak mustahil imej yang dibocorkan adalah imej yang sah, tetapi ia mungkin tidak menggambarkan produk yang muktamad kerana ia mungkin hanya sebuah prototaip.

Apa pun, imej tersebut bukanlah imej yang disahkan sebagai produk iPhone 8 sebenar. Selagi telefon pintar Apple itu belum dilancarkan semua imej yang dibocorkan tidak boleh diambil sebagai produk akhir.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top