Telefon Pintar

Saiz Skrin dan Kapasiti Bateri Samsung Galaxy S8 Bocor ke Web

Jika anda menginginkan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S8 dengan skrin yang sangat besar, nasib anda baik, tetapi jika anda inginkannya dengan bateri yang berkapasiti tinggi, malang sekali, anda mungkin hampa. Ini menurut laporan terbaharu dari media di Korea Selatan.

Saiz Skrin dan Kapasiti Bateri Samsung Galaxy S8 Bocor ke Web

Bercakap dengan laman berita News1, seorang pegawai kanan Samsung yang enggan dikenali mendedahkan terdapat dua model Samsung Galaxy S8 yang akan dilancarkan, sebuah bersaiz 5.8 inci dan sebuah lagi bersaiz 6.2 inci yang dikhabarkan akan dinamakan Galaxy S8 Plus.

Tambahnya lagi, model 5.8 inci itu akan didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh manakala model 6.2 inci akan didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,500 mAh. Walaupun kapasiti bateri itu tidaklah kecil, namun ia tidaklah besar jika dibandingkan dengan saiz skrin yang perlu ia kuasakan.

Malah Samsung Galaxy S7 yang dilengkapkan dengan skrin 5.1 inci mempunyai bateri 3,000 mAh manakala Galaxy Note 7 yang dihentikan pula mempunyai bateri 3,500 mAh, walaupun hanya mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci.

Perkembangan ini agak membimbangkan memandangkan bateri merupakan kelemahan utama telefon pintar, terutamanya telefon pintar Android, walaupun komponen telefon pintar baharu itu dijangka lebih efisyen dan menyokong pengecasan pantas.

Kelebihannya pula menurut sumber itu, adalah baterinya kurang cenderung untuk terbakar kerana walaupun kapasiti bateri bukan pembawa masalah, bateri dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi akan mendatangkan lebih kerosakan, sekiranya terdapat kecelaan pada beteri. Ini merupakan satu perkara yang diambil berat oleh Samsung sejak tragedi Note 7 yang lalu.

Tetapi berita ini haruslah diterima secara berhati-hati memandangkan tiada kepastian mengenai kebenarannya. Pegawai yang membocorkan maklumat ini juga tidak dinamakan dan maklumat ini bukanlah dari pengumuman rasmi Samsung, jadi ada kemungkinan maklumat ini palsu.

Apa pun, kita perlu menunggu sehingga peranti sebenar dilancarkan (dikhabarkan 29 Mac) untuk mendapat 100% kepastian spesifikasi Samsung Galaxy S8.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top