Telefon Pintar

Samsung Galaxy S8 DenganSkrin “Force Touch”?

Setelah menerima tekanan menggunung berikutan kes bateri telefon pintar Galaxy Note 7, Samsung kini memfokuskan usahanya kepada Samsung Galaxy S8 dan khabarnya telefon pintar ini akan dilengkapi skrin sensitif tekanan seperti skrin “Force Touch” pada iPhone.

Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8 DenganSkrin “Force Touch”?

Laporan The Investor yang memetik sumbernya yang merupakan sebuah pembekal rasmi Samsung mengatakan bahawa Samsung dikatakan akan mula menggunapakai sebahagian teknologi seakan Force Touch itu bermula dari Samsung Galaxy S8 dan akan digunapakai sepenuhnya satu atau dua tahun kemudian.

Teknologi Force Touch membolehkan peranti Apple seperti Apple Watch dan iPhone memaparkan menu pantas atau fungsi aplikasi khas dengan mengenakan tekanan pada skrinnya. Android Nougat 7.1 telahpun mempunyai sokongan fungsi paparan menu pantas dengan menekan lama pada skrin dan tidak sukar untuk ia beralih pula kepada sistem skrin sensitif tekanan.

Jadi, sejauh manakah kebenaran khabar angin ini? Sebenarnya, ia berkemunginan tinggi benar, jika dilihat kepada pesaing Samsung, iaitu Huawei.

Samsung membekalkan skrin kepada pengeluar telefon pintar besar itu, termasuk untuk telefon pintar Mate S keluaran Huawei. Telefon pnitar tersebut merupakan telefon pintar Android pertama yang dilengkapi skrin sensitif tekanan dan mengeluarkannya sebelum Apple mempopularkannya melalui teknologi Force Touch.

Setakat ini, Samsung Galaxy S8 nampaknya masih dijadualkan untuk pelancaran semasa acara MWC 2017 awal tahun hadapan dan dikhabarkan dilengkapi skrin 4K, pemproses Snapdragon 830 dan 6GB RAM serta kamera yang hebat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top