Telefon Pintar

Samsung Juga Mungkin Akan Mengeluarkan Jek Headphone

iPhone 7 yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai ciri yang agak tidak popular iaitu ia tidak didatangkan dengan jek headphone, sebaliknya bergantung kepada headphone Lightening. Tetapi berita terbaharu diperolehi dari sumber-sumber dalam rantaian pembekal Samsung mengatakan syarikat itu mungkin merancang perkara sama.

Samsung

Samsung Juga Mungkin Akan Mengeluarkan Jek Headphone

Sumber-sumber yang bercakap dengan Digital Music News mengatakan Samsung bersama-sama pengeluar telefon pintar Android, berkemungkinan untuk bukan sahaja tidak mewujudkan jek headphone proprietari sendiri, malah akan menghalang Apple dari memperolehi lesen untuk jek tersebut.

Jika berita ini benar, ia seolah satu balas dendam dari komuniti telefon pintar Android dan ia akan memaksa pengeluar headphone memilih port mana untuk diberi prioriti. Dengan bilangan peranti Android lebih banyak berbanding iPhone, Samsung menjangkakan jek baharunya itu akan diberi prioriti oleh pengeluar headphone.

Ini pasti akan memberi masalah kepada pengguna kedua-dua jenis telefon pintar, iPhone dan Android, dan akan menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan penyuai.

Namun idea ini bukan satu idea buruk sepenuhnya. Walaupun peralihan Apple kepada port proprietari telah mengundang kemarahan pengeluar Android, ia secara tidak langsung menjimatkan ruang pada telefon pintar dan memberi runag kepada teknologi audio yang lebih baik.

Malah, sumber mengatakan Samsung menyasarkan untuk menawarkan kualiti audio yang lebih baik dengan jek headphone baharunya itu.

Langkah tersebut dijangka tidak akan memberi masalah kepada pengguna yang setia kepada Android memandangkan jek baharu Samsung ini akan direka dengan mengambil kira pengeluar telefon pintar Android yang lain dan mereka akan diberikan lesen percuma atau dengan harga rendah.

Tetapi, masalahnya, ini akan menyebabkan fragmentasi pasaran headphone dan menjadikan headphone tanpa wayar kelihatan pilihan yang lebih menarik yang membebaskan pengguna bukan sahaja dari wayar, tetapi juga format yang bersaing. Jika ini kesnya, Apple (dan juga Beats Audio miliknya) mempunyai kelebihan kerana ia telahpun mempunyai barisan produk headphone tanpa wayar Bluetooth.

Apa pun, berita ini masih dalam status khabar angin dan walaupun jek audio 3.5mm dijangka akan ditamatkan, kita masih belum dapat menjangkakan bagaimana ia akan berakhir.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top