Tablet

SanDisk Memperkenalkan kad microSD 256GB

SanDisk mendahului pasaran kad storan dengan memperkenalkan dua model kad microSD 256GB dengan kadar pindahan data pantas.

Sandisk 256GB microSDXC-970-80

SanDisk Memperkenalkan kad microSD 256GB

Kad microSD 256GB pertama keluaran SanDisk adalah kad UHS-I 256GB Extreme microSDXC yang menurut SanDisk masing-masing mempunyai kadar pindahan  data, baca dan tulis sepantas 100MB/s dan 90MB/s. Jika terbukti benar, kad ini sangat sesuai untuk digunakan dengan peranti seperti dron, telefon pintar dan pelbagai lagi peranti pengimejan di mana syarikat itu juga mendakwa ia boleh menyimpan sehingga 14 jam video Ultra HD 4K.

SanDisk juga memperkenalkan kad UHS-I Edisi Premium 256GB SanDisk Ultra microSDXC yang mempunyai kadar pindahan data sedikit perlahan iaitu 95MB/s, tetapi pengguna masih boleh memindahkan 1,200 gambar di bawah 1 minit. Berbeza dari model Extreme, model ini difokuskan sebagai raung simpanan sekunder bagi telefon pintar dan tablet tetapi masih boleh menyimpan sehingga 14 jam video HD penuh.

Di samping boleh menyimpan data yang banyak. kad ini juga kalis air, kalis X-Ray dan tahan panas. Kedua-dua kad juga serasi dengan aplikasi Android Memory Zone yang membolehkan pengguna menguruskan kandungan yang disandarkan pada kad tersebut.

Kad UHS-I Edisi Premium 256GB SanDisk Ultra microSDXC akan mula dipasarkan mulai Ogos pada harga USD 149.99, manakala kad UHS-I 256GB Extreme microSDXC akan dilancarkan dalam tahun ini pada harga USD 199.99.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top