Telefon Pintar

Sony Xperia L1 dilancarkan

Sony baharu sahaja melancarkan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi, Sony Xperia XZ Premium, pada acara MWC 2017 tidak lama dahulu dan nampaknya syarikat itu belum lagi tamat dengan pelancaran produk telefon pintarnya. Ia kini melancarkan Sony Xperia L1, sebuah telefon pintar dengan skrin besar tetapi harga yang dijangka mampu milik.

Sony Xperia L1 dilancarkan

Sony Xperia L1 akan dipasarkan di negara terpilih di Eropah, Asia, Amerika Latin, Amerika Utara, timur tengah dan Afrika pada penghujung April. Senarai negara-negara tersebut belum dikeluarkan, namun ia dijangka akan dijual pada peringkat harga yang rendah atau sederhana, namun ia bukan telefon pintar bajet.

Ia akan dilengkapi skrin 5.5 inci 720p dengan ukuran badan 151 x 74 x 8.7mm. Rekebentuk badannya tidak lari daripada rekaan segi empat dengan bahagian bucu melengkung yang biasa dilihat pada telefon-telefon pintar sebelumnya dan didatangkan dalam warna hitam, putih dan merah jambu. Walaupun bahagian bingkai atas dan bawahnya besar, bingkai skrin kiri dan kanannya sangat nipis dan memberikan penampilan skrin hujung ke hujung.

Dari segi kameranya pula, ia dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5Mp dengan lensa sudut luas. Baterinya lebih menarik di mana ia mempunyai kapasiti 2,620mAh yang dilengkapi pengecasan adaptif Qnovo. Teknologi ini biasa dilihat dalam telefon pintar di mana ia mengecas bateri bukan sahaja secara pantas, malah dengan pintar dengan memantau kondisi bateri dan melaras arus casnya mengikut keperluan bagi menjaga keadaan bateri tersebut supaya it tidak cepat rosak. Ia juga dilengkapi port USB-C bermakna anda boleh menyambungkan kabelnya tak kira arah mana.

Telefon pintar ini dilengkpai pemproses 1.45GHz quad-core MediaTek dengan 2GB RAM. Walaupun tidak seberapa, Sony mendakwa ia akan memberikan prestasi yang lancar. Ia juga dilengkapi ruang storan dalaman 16GB dan boleh diperkembangkan dengan kad MicroSD berkapasiti sehingga 256GB.

Namun apa yang membezakan Sony Xperia L1 dengan pesaing mampu miliknya adalah perisian yang disertakan. Pertama ialah “Xperia Actions” yang menyesuaikan tetapan telefon pintar mengikut persekitaran. Sebagai contoh, ia akan merendahkan kecerahan skrin telefon pintar dan masuk ke mod “jangan diganggu” apabila tiba masa telefon pintar itu merasakan anda mungkin sedang tidur. Ini diperolehi daripada pembelajarannya mengenai tabiat pengguna.

‘Smart Cleaner’ pula bekerja di latar belakang untuk memadam data cache dan menutup program yang tidak digunakan bagi meningkatkan prestasi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top