Telefon Pintar

Barisan Produk Sony Xperia Z Ditamatkan Secara Rasmi

Sony tidak lagi akan mengeluarkan telefon pintar dari barisan Xperia Z , M, E atau C sebaliknya akan memfokuskan usahnya kepada barisan produk Xperia X.

Sony Xperia Z

Barisan Produk Sony Xperia Z Ditamatkan Secara Rasmi

Pegawai Sony telah mengesahkan bahawa Sony akan memfokuskan kepada barisan produk Xperia X yang kini termasuk model Xperia XZ dan Xperia X Compact di samping Xperia X, X Performance, XA dan XA Ultra.

Timbalan Presiden Eksekutif  Jualan dan Pemasaran Global Sony Mobile, Hideyuki Furumi, berkata syarikat itu akan mengeluarkan produk Xperia X dari segment paling bawah hingga yang teratas. Beliau menerangkan lagi bahawa syarikat itu telahpun mengeluarkan Xperia Ear dan Xperia Projector. Ini memperlihatkan perkembangan kategori produk. Sony perlu apakah identiti telefon pintar Xperia.

Fokus mereka adalah pada ciri-ciri yang membuatkan produk tersebut lebih pintar dan itulah tema telefon pintar tersebut. Jadi sebab itulah Sony mengambil keputusan menjenamakan telefon pintarnya dengan X, bukan Z, M, C atau sebagainya.

Produk-produk sedia ada selain dari jemana Xperia X tetapi akan dijual, tetapi tiada produk baru akan diumumkan untuk barisan-barisan produk itu. Tetapi seorang eksekutif syarikat itu mendedahkan terdapat pengecualian kepada satu produk, tetapi ia hanya akan dilancarkan di US dan UK, tetapi enggan menamakan telefon pintar tersebut.

Walaupun penghentian barisan produk Sony Xperia Z kelihatan seperti sesuatu yang besar, namun apa yang dilakukan Sony hanyalah memfokuskan strateginya kepada barisan produk Xperia X. Kita berkemungkinan besar akan melihat Xperia XZ tahun hadapan, jadi apa yang dilakukannya hanyalah mencampurkan huruf-huruf dan tiada kaitan dengan jenis telefon pintar yang akan dikeluarkannya di masa hadapan.

Seperti disebut oleh Furumi, jenama Xperia juga telah berkembang untuk merangkumi lebuh banyak kategori termasuk peranti boleh pakai seperti Xperia Ear dan produk-produk inovatif seperti Xperia Projector dan Xperia Agent. Ini bermakna mempunyai satu huruf (X) sebagai identiti telefon pintarnya sememangnya selari dengan strateginya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top