Telefon Pintar

Telefon Pinter Meizu Pro 7 Dengan Dua Skrin

Telefon pintar Meizu akan datang akan membuatkan anda melihat telefon pintar dengan cara yang berbeza. Ia akan membuatkan anda melihat bahagian belakangnya. Meizu Pro 7 disahkan untuk pelancaran pada 26 Julai dan berbeza dari syarikat telefon pintar lain yang memberi tumpuan pada bahagian hadapan telefon pintar, Meizu memberi fokus kepada bahagian belakangnya.

Telefon Pinter Meizu Pro 7 Dengan Dua Skrin

Menurut Android Authority, telefon pintar itu akan dilengkapi skrin LCD menegak yang boleh memaparkan permainan video tertentu atau mungkin juga sebagai viewfinder untuk selfie dengan kamera utama berkembar di bahagian belakangnya ataupun memaparkan notifikasi tertentu tanpa perlu menghidupkan skrin besar di bahagian hadapan.

Terdapat beberapa pengeluar telefon pintar lain yang telah mencuba rekabentuk dengan skrin berkembar. Antaranya adalah HTC U Ultra, LG V10, LG V20 yang menggunakan skrin kedua itu untuk untuk memaparkan informasi dan ikon aplikasi, namun skrin kedua itu juga diletakkan di bahagian hadapan. Yotaphone telah mempelopori rekabentuk dwi skrin dengan skrin e-ink pada bahagian belakang telefon pintar keluarannya. Namun ia tidak berjaya menangkap minat pasaran.

Meizu Pro 7

Kredit: Gizmochina

Skrin yang diletakkan di bahagian belakang telefon merupakan satu idea yang baik, namun kami belum pernah melihat ia diimplimentasikan dengan baik pada sesebuah telefon pintar yang dijual secara komersial. Tambahan pula, jika skrin belakang itu tidak berjaya menarik minat pengguna, tidak banyak ciri-ciri lain pada telefon pintar ini kelihatan menarik, terutamanya pada kadar harga USD412 iaitu sekitar harga telefon pintar OnePlus 5.

Antara spesifikasi utamanya adalah skrin 5.2 inci 1080p, dan dilengkapi dengan cipset Mediatek Helio X30. Tetapi untuk mengetahui bagaimana prestasinya dibandingkan dengan telefon pintar yang lain, kita terpaksa menunggu pelancarannya lewat bulan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top