Telefon Pintar

Ubuntu Phone OS Untuk Pembangun Diedar Minggu Hadapan

Ubuntu

Walaupun telefon pintar Ubuntu hanya akan dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ini, para pembangun akan mendapat akses kepada versi preview OS itu minggu hadapan.

Ubuntu

Ubuntu Phone OS Untuk Pembangun Diedar Minggu Hadapan

Canonical — syarikat di sebalik projek Ubuntu Phone — menumumkan bahawa versi  Ubuntu Touch Developer Preview akan dikeluarkan untuk Galaxy Nexus dan Nexus 4 mulai 21 Februari 2013. Versi ini diedarkan kepada pembangun dan peminat Ubuntu bagi membolehkan mereka mencuba dan membiasakan diri dengan persekitaran OS tersebut dan membangunkan aplikasi pada handset gantian mereka.

Lebih menarik, bagi mereka yang menghadiri MWC (Mobile World Congress) pada Feb 25-28 di Barcelona, Canonical akan memasangkan OS tersebut pada telefon pintar pembangun jika mereka mahu.

Awal minggu ini, Canonical telah menerbitkan garis panduan rekabentuk untuk aplikasi Ubuntu. Garis panduan ini memberikan pembangun sedikit sebanyak mengenai visi rekabentuk OS itu di samping corak global yang perlu diikuti bagi membolehkan aplikasi tersebut berfungsi secara konsisten. Mereka juga akan menerbitkan SDK (Software Development Kit) untuk mereka yang berminat untuk membangunkan aplikasi menggunakan Qt/QML, web atau HTML5.

Ubuntu merupakan salah satu pemain yang bersaing untuk merebut tempat di dalam pasaran telefon pintar masa kini. Di samping Android, iOS dan Windows Phone 8, kita juga dapat melihat kemajuan dalam Blackberry OS yang dilancarkan baru-baru ini serta Tizen, Sailfish dan Firefox OS.

Dengan memperkenalkan Ubuntu Touch Developer Preview pada telefon Galaxy Nexus 4, Canonical mengambil langkah positif dalam menarik minat pembangun.

2 Comments

2 Comments

  1. IQ Online Mart

    February 18, 2013 at 11:01 am

    .: Nice smart phone, mudah2an harganya terjangkau…^_^

    • iMyn

      February 18, 2013 at 12:26 pm

      Rasanya harganya tidak terlalu mahal, kerana Ubuntu pemain baru dalam industri ni, so kalau letak harga mahal sure orang lari punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top