Perisian

WhatsApp Kini Percuma Dan Masih Tanpa Iklan

Whatsapp

WhatsApp telah mengambil keputusan untuk menamatkan yuran USD0.99 yang dikenakan kepada pengguna baharu yang menggunakan aplikasi permesejan itu selepas setahun. Syarikat itu mengaku langkah mengenakan caj didapatinya kurang berkesan.

WhatsApp

WhatsApp Kini Percuma Dan Masih Tanpa Iklan

Dalam pos blog di laman rasminya, syarikat itu mengatakan kebanyakan penggunanya tidak mempunyai kad kredit atau kad debit dan bimbang akan kehilangan akses untuk berhubung dengan rakan dan saudara selepas satu tahun menggunakannya. Jadi dalam beberapa minggu akan datang syarikat itu akan menghapuskan caj dari versi-versi WhatsApp berlainan dan tidak lagi mengenakan caj tersebut.

Bagi pengguna yang telah menggunakan Whatsapp selama 6 tahun sejak penubuhannya, mereka diberikan penggunaan percuma sepanjang hayat, tetapi dalam beberapa tahun lepas syarikat itu telah memperkenalkan caj tahunan bagi pengguna baharu. Namun jika anda baharu sahaja membayar yuran tahunan itu, anda tidak akan diberikan wang kembali, tetapi yuran tahunan akan ditamatkan.

Aplikasi permesejan itu mempunyai hampir 1 billion pengguna, jadi penghapusan yuran ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan aplikasi tersebut. Syarikat dimiliki Facebook itu bercadang untuk menjadikan perkhidmatan kepada syarikat korporat sebagai sumber kewangannya.

Syarikat itu sedang menguji fungsi yang membolehkan pengguna berhubung dengan syarikat dan organisasi yang beliau ingin hubungi. In bermakna pengguna akan boleh berhubung dengan bank dan syarikat penerbangan menggunakan WhatsApp satu ketika nanti. Namun, syarikat itu tidak bercadang untuk membuka periklanan kepada pengiklan pihak ketiga. Pengasas WhatsApp tetap dengan pendiriannya menentang iklan kerana merasakan apabila terdapat iklan, pengguna bertukar menjadi produk.

3 Comments

3 Comments

  1. Hosting

    October 22, 2016 at 12:13 pm

    Macam mana dengan owner web ye? Cana nak buang virus ni? Dulu punca virus ni dari iklan. Tapi sekarang ni saya delete iklan saya, macam sebelum ni, tapi masih ada lagi. Nmpknya bukan punca dari iklan kali ni. Boleh tolong?

    • iMyn

      October 24, 2016 at 11:54 am

      Kadang-kadang ada org hack dan letak coding iklan dalam file index.html / index.php. kalau pakai wordpress, try cari kat webhosting file manager, file index.php / index.htm untuk template dan bukak. kalau nampak ada coding lain macam je, buang coding tu. selalunya dia ada code “base64” dalam coding tu. Kalau tak pun, padam folder template tu dan upload balik yang lama

    • iMyn

      December 6, 2016 at 11:46 am

      Mungkin juga boleh install plugin bernama Wordfence. Dia ada yang free dan ada yang berbayar. kalau yang free, at least dia akan detect kalau ada perubahan pada file penting wordpres (in case kena hack) dan akan detect dan email anda untuk bagitau fail mana yang bermasalah atau ada coding yang ditambah padanya. Bila dah tau, bolehlah bukak file tu kat file manager dan buang kod yang bermasalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top