Telefon Pintar

Windows Phone Semakin Kehilangan Pengguna

Nokia

Microsoft belum pernah melancarkan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi sejak ia mengambilalih Nokia dan menjenama semula telefon pintar Lumia. Sebaliknya, Microsoft telah memfokuskan kepada telefon pintar berspesifikasi sederhana seperti Lumia 640 dan 640XL. Ini nampaknya memberi impak negetif kepada penguasaan pasarannya.

Windows Phone

Windows Phone Semakin Kehilangan Pengguna

Antara bulan Januari dan April di Amerika, sebanyak 1 juta orang telah berhenti menggunakan telefon pintar Windows Phone, sekaligus mengurangkan penguasaan pasaran OS tersebut dari 3.6% kepada 3.0%.

Pengguna Android juga telah menyusut, namun ia masih menguasi sebahagian besar pasaran pada 52.2%.

Kemerosotan ini menyebabkan penguasaan pasaran sistem pengoperasian Microsoft itu hanya dua kali ganda saiz Blackberry dan menghampiri kegagalan. Ia bukan hanya kerana kegagalan Microsoft untuk mengeluarkan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi, tetapi sesetengah pengguna yang mengharapkan pelancaran sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi pada penghujung 2014 telah hampa dan beralih kepada iPhone 6.

Tambahan pula, kebelakangan ini, Microsoft telah memberikan lebih komitmen untuk meletakkan prkhidmatannya pada peranti Apple berbanding memfokuskan kepada pembangunan perantinya sendiri. Tidak hairanlah mengapa pengguna setia Windows Phone telah berputus asa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top