Telefon Pintar

Xiaomi Mendedahkan Telefon Pintar Mi Mix Luar Biasa

Xiaomi mendedahkan telefon pintar Mi Note 2 semalam, iaitu telefon pintar alternatif kepada Samsung Galaxy Note 7 yang ditarik balik tempoh hari. Namun, terdapat satu lagi telefon pintar Xiaomi yang telah didedahkan iaitu Xiaomi Mi Mix yang jauh lebih menarik.

Mi Mix

Xiaomi Mendedahkan Telefon Pintar Mi Mix Luar Biasa

Xiaomi Mi Mix menampilkan skrin sebesar 6.4 inci yang meliputi hampir keseluruhan permukaan hadapan telefon pintar tersebut. Ia mempunyai nisbah skrin-badan setinggi 91.3%. Jika dibandingkan, iPhone 7 mempunyai nisbah skrin-badan hanya 65.6% dan Samsung Galaxy S7 Edge pula 76.1%.

Xiaomi telah mengambil beberapa langkah dramatik dari segi rekabentuknya bagi membolehkan telefon pintar ini menjadi realiti. Antaranya, telefon pintar ini tiada speaker panggilan, sebaliknya ia bergantung kepada sifat akustik rekabentuk seramik telefon pintar itu yang meliputi bahagian belakang dan tepi peranti itu. Sensor kamera hadapannya juga telah dikecilkan sebanyak 50% berbanding telefon pintar biasa.

Ia dilangkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 821, bateri 4400mAh dan kamera utama 16MP, membuktikan ia sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi. Ternyata ia sebuah telefon pintar yang bakal menarik perhatian ramai. Sayangnya, anda tidak dapat membelinya buat masa ini.

Mi Mix

Walaupun ia hanya digelar telefon pintar konsep, ia boleh diperolehi di China pada harga 3499 Yuan untuk model dengan 4GB RAM dan 128GB ruang storan. Bagi yang mempunyai wang lebih, terdapat satu lagi model yang berharga 3999 Yuan yang didatangkan dengan 6GB RAM, 256GB ruang stoaran, pengimbas cap jari dan kemasan emas 18-karat di bahagian rim kameranya.

Belum diketahui samada ia akan dijual di luar China, namun ia tentu menarik perhatian ramai jika ia tiba di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top