Umum

Aksesori Kesihatan Terhubung Nokia Diperkenal

Nokia

Tahun 2017 memperlihatkan kebangkitan semula jenama Nokia dengan pengenalan produk telefon pintar dan kini jenama itu memperkenalkan pula barisan Aksesori Kesihatan Terhubung Nokia ke pasaran.

Aksesori Kesihatan Terhubung Nokia

Aksesori Kesihatan Terhubung Nokia Diperkenal

Walaubagaimanapun harus diketahui bahawa produk-produk yang dilancarkannya bukan produk baharu. Apa yang baharu mengenai produk-produk ini adalah jenamanya – Nokia.

Awal tahun ini pengasas bersama Withings Cedric Hutchings mengatakan ia akan memanfaatkan jenama Nokia dalam perancangan jangka panjangnya sekaligus memberi persaingan besar kepada syarikat seperti FitBit. Kini syarikat itu mula menunjukkan kebolehannya dengan melancarkan bebarapa produk Withings yang dijenamakan semula di bawah label Nokia seperti produk Withing Steel HR, aplikasi Withings Health Mate, Withings Go dan berbagai lagi produknya.

Produk Nokia

Antara Aksesori Kesihatan Terhubung Nokia yang dilancarkan ialah Nokia Body. Ia merupakan sebuah alat penimbang mampu milik yang disambungkan kepada Wi-Fi yang boleh memantau berat badan, BMI, jumlah lemak badan dan air yang berada dalam badan. Pada harga USD59, ia merupakan antara penimbang pintar paling mampu milik di pasaran.

Syarikat itu juga membawa Nokia BPM+ ke pasaran, di mana ia dipakaikan di lengan untuk mengukur tekanan darah pengguna secara terperinci. Walaupun ia dilabelkan sebagai produk baharu, ia merupakan sebuah produk Withings yang telah diubahsuai sedikit rekabentuknya dan diletakkan dengan jenama Nokia.

Perancangan Nokia

Anda boleh mengharapkan lebih banyak produk aksesori kesihatan terhubung dengan kerjasama Withings, yang telah sedia ada mempunyai barisan produk yang luas. Langkah awalanya adalah menjenamakan semula semua produk Withings termasuk kamera Home dan juga berus pintar Hair Coach yang dipamerkan di CES 2017.

Setelah itu, syarikat itu dijangka meluaskan lagi pengaruhnya dalam pelbagai sektor produk lagi. Tidak mustahil kita akan melihat produk seperti mesh router dan juga speaker pintar. Tetapi satu sektor yang dijangka akan diberi tumpuan adalah sektor peranti boleh pakai.

Namun, sektor peranti boleh pakai tidak lagi seperti dahulu. Jangkaan para penggiat kecergasan yang inginkan jam tangan pintar telahpun dipenuhi, jadi, walaupun semula jam tangan pintar Withings Steel HR merupakan satu produk yang menarik, Nokia harus tampil dengan satu kelainan jika ia mahu mengubah fikiran pengguna peranti boleh pakai.

Langkah Nokia pada hari ini merupakan satu langkah kecil, namun ia memain peranan besar dalam usaha syarikat itu kembali menjadi pemain dunia teknologi yang berjaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top