Umum

Apple Akan Hadir Dengan Kaca Mata Pintar?

Beberapa tahun kebelakangan ini telah memperlihatkan Apple menerima pelbagai rungutan mengatakan ia kurang membawa innovasi seperti dahulu. Tetapi kebelakangan ini Tim Cook dilihat cenderung kepada teknologi Augmented Reality (AR) dan ini memperhebatkan lagi khabar angin mengenai kaca mata pintar Apple.

Kaca Mata Pintar

Apple Akan Hadir Dengan Kaca Mata Pintar?

Penyokong kuat VR/AR Robert Scoble mengatakan dalam rancangannya This Week in Tech dengan memetik sumber dari peringkat tinggi, bahawa Apple sedang bekerjasama dengan Carl Zeiss dalam pembangunan sepasang kaca mata pintar AR.

Beliau juga mendakwa jangkamasa pengumuman produk itu adalah dalam musim panas 2017 bagi membolehkan ia berada dalam masa sambutan ulang tahun ke 10 Apple iPhone. Namun beliau juga berkata ia mungkin juga akan diumumkan pada musing luruh tahun ini.

Ini bukan kali pertama Scoble mengaitkan Carl Zeiss dengan Apple. Pada acara CES 2017 awal tahun ini, beliau pernah juga mendakwa sumbernya dalam Carl Zeiss telah menyebut mengenai kerjasama Apple dan syarikat itu, namun mereka tidak boleh berkata lanjut mengenainya sehingga Apple bersedia mengumumkannya.

Mungkin kerana itulah syarikat Carl Zeiss hadir ke kawasan pameran AR di CES 2017 lalu, walaupun ia tidak mempunyai sebarang produk AR untuk dipamerkan.

Malah Tim Cook juga telah mengambil langkah proaktif ke arah AR dengan mengambilalih beberapa syarikat berkaitan AR seperti Metaio dan Flyby Media. Tidak dapat dinafikan bahawa Apple mempunyai satu atau lebih projek AR dalam pembangunannya. Kita tunggu dan lihat nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top