Umum

Apple Melancarkan Buku Bergambar Dengan 450 Gambar Produknya

Jika anda seorang peminat tegar Apple dan tidak tahu di mana mahu membelanjakan wang anda yang banyak, apa kata anda mendapatkan buku bergambar dengan 450 keping gambar produk Apple.

buku bergambar designed_by_apple_in_california_1-0

Apple Melancarkan Buku Bergambar Dengan 450 Gambar Produknya

Syarikat pengeluar iPhone itu melancarkan buku bergambar itu yang akan mula dijual esok di Apple.com dan kedai jualan Apple terpilih. Buku kulit keras dan diikat dengan linen itu didatangkan dalam dua saiz, 10.20 inci x 12.75 inci yang dijual pada harga USD199 dan satu lagi bersaiz lebih besar 13 inci x 16.25 inci yagn dijual pada harga USD 299. Buku tersebut diberi tajuk “Designed by Apple in California”.

Foto dalam buku itu semuanya foto baharu yang diambil oleh jurugambar bernama Andrew Zuckerman dan akan mempamerkan 20 tahun rekabentuk produk syarikat tersebut. Ketua Pereka, Jony Ive mengambarkan buku itu sebagai “himpunan kebanyakan produk-produk yang direka pasukan tersebut selama ini.”

designed_by_apple_in_california_2

Buku ini diterbitkan sendiri Apple dan didedikasikan kepada mendiang Steve Jobs. Namun, nampaknya ia hanya sekadar projek untuk menunjuk-nunjuk bagi pihak Apple. Tidak juga dapat dinafikan bahawa Apple sememangnya mempunyai rekabentuk produk yang layak untuk ditujuk-tunjuk.

Apa pun, yang pasti ia tentu sukar untuk mendapat sambutan di pasaran Malaysia atas sebab yang sudah sedia jelas, harga dan praktikaliti. Tetapi, siapa tahu, mungkin ada peminat tegar produk Apple yang mempunyai wang lebih mahu mendapatkan buku yang mungkin diterbitkan hanya sekali dalam 20 tahun.

designed_by_apple_in_california_4

designed_by_apple_in_california_5

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top