Umum

Bas Berautonomi Pertama di Amerika

Teknologi kenderaan berautonomi sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini dan kini sebuah bas berautonomi telah diperkenalkan di jalan raya Amerika Syaraikat buat pertama kalinya. Bas Navya Arma akan diuji melalui laluan 3 blok di Las Vegas sehingga 20 Januari sebagai projek perintis teknologi berkenaan.

Bas Berautonomi Pertama di Amerika

Mengimplimentasikan teknologi kenderaan autonomi lebih mudah dilakukan pada bas memandangkan ia biasanya akan melalui laluan yang ditetapkan untuknya. Terdapat beberapa program bas berautonomi yang memulakan operasinya di Eropah sebelum ini.

Bas tersebut akan membawa penumpang melalui Jalan Fremont pada kelajuan 16 batu sejam (ia mampu bergerak selaju 30 batu sejam). Terdapat butang berhenti kecemasan untuk memberhentikan bas tersebut dan seorang operator akan berasa di dalam bas berkenaan pada setiap masa sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Pelan utamanya adalah untuk membolehkan seangkatan bas berautonomi itu mengangkut penumpang secara lebih efisyen di dalam Las Vegas memandangkan melalui jalan-jalan yang dipenuhi tarikan pelancong bukan selalunya cara paling baik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Las Vegas menerima sebanyak 40 juta orang pelancong setiap tahun dan anggota majlis perbandaran bandar berkenaan ternyata gembira dengan perkembangan teknologi kenderaan berautonomi itu.

Mengenai kereta berautonomi pula, dua tiga minggu ini, beberapa model kereta berautonomi telah diperkenalkan dan diuji di Las Vegas. Tetapi, nampaknya teknologi kereta berautonomi berkembang lebih pantas dari kadar keupayaan kerajaan memperkenalkan peraturan mengenainya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top