Umum

Bas Elektrik Proterra Boleh Bergerak 350 Batu

Syarikat pengeluar kenderan elektrik Proterra telah mengumumkan satu barisan bas emisi-sifar yang didakwanya boleh bergerak lebih 350 batu dalam satu cas.

proterra

Bas Elektrik Proterra Boleh Bergerak 350 Batu

Bas yang digelar siri Catalyst E2 mempunyai kapasiti storan sebanyak 440 hingga 660 kWh sekaligus meletakkan satu standard baru untuk industri tersebut. Bulan lalu di Laurens Proving Grounds milik Michelin di US, Proterra mendakwa bas E2 telah berjaya bergerak sejauh lebih 600 batu.

Jarak ini, di samping mengambil kira jarak nominal bas tersebut sejauh antara 194 hingga 350 batu sepatutnya mampu memenuhi keperluan jarak perjalanan bas awam di Amerika dalam sehari tanpa perlu mengecas semula.

Dengan kata lain, bas E2 ini boleh menjadi alternatif segera kepada bas yang dikuasakan bahan api fossil yang sedang dalam perkhidmatan pada masa ini. Ia bukan sahaja efisyen, malah ia boleh menjalani laluan sama tanpa memerlukan pemandu untuk berhenti.

Tetapi terdapat kemungkinan syarikat transit akan kurang berminat dengannya kerana pelaburan awal yang tinggi. namun dengan mengambil kira manfaat jangka panjang. syarikat-syarikat itu mungkin dapat diyakinkan memandangkan bas elektrik secara asasnya mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah.

Tambahan pula dengan status emisi-sifar, bas-bas ini dapat meningkatkan imej syarikat, memandangkan pengguna masa kini mempunyai kesedaran alam sekitar yang semakin tinggi.

Apabila ia memasuki produksi, ia akan menyertai siri kenderaan Catalyst FC dan XR, juga keluaran syarikat itu yang telahpun mula dijual di US.

Proterra telah melaporkan jualannya telah meningkat sebanyak 220% dari angka jualannya pada tahun 2015 dan pengenalan model E2 ini hanya akan meningkatkan lagi kejayaannya.

Nampaknya sektor pengangkutan awam telah bergerak secara serious ke arah tenaga boleh diperbaharui. Diharap lebih banyak syarikat pengangkutan awam di Malaysia akan mengikuti jejak langkah mereka. Sistem BRT di Petaling Jaya merupakan satu langkah pertama yang penting ke arah visi ini. Tahniah buat mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top