Umum

#DeleteUber membuktikan isu kesetiaan yang dialami Uber

Hujung minggu lalu, para pemandu teksi New York telah mengadakan bantahan aman di lapangan terbang JFK bagi membantah tindakan Presiden Donald Trump menandatangani arahan larangan imigresen ke atas beberapa negara majoriti Islam. Larangan ini juga secara langsung akan menghalang para pelarian dari negara yang dilanda perang di timur tengah untuk memasuki negara tersebut.

DeleteUber

#DeleteUber membuktikan isu kesetiaan yang dialami Uber

Isunya timbul apabila Uber mengambil keputusan untuk menaikkan tarif perkhidmatan aplikasi Uber pada hari bantahan tersebut menyebabkan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatannya terpaksa membayar tarif yang tinggi. Langkah ini dilihat oleh para pengguna Uber sebagai mengambil kesempatan di atas bantahan kepada larangan imigresen Trump untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Walaupun Uber mengatakan ia menaikkan tarif tersebut lebih 30 minit selepas bantahan tersebut berakhir, para penggunanya tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral syarikat itu dan melancarkan kempen #DeleteUber dimana ramai pengguna twitter berkongsi gambar dan video mereka memadam aplikasi tersebut dari telefon pintar mereka.

 

Apa yang jelas ialah reputasi syarikat Uber dengan ramai pelanggannya telah menjadi buruk. Tidak dapat dinafikan berjuta-juta lagi penggunanya masih menggunakan perkhidmatannya memandangkan mereka tidak mempunyai kenderaan persendirian dan aplikasi itu masih menjanjikan perkhidmatan yang lebih murah dan berkesan. Atas sebab itu, mereka masih “bertolak ansur” dengan isu moral yang memulakan #DeleteUber ini.

Dianggarkan syarikat tersebut kerugian USD3 billion pada tahun 2016 walaupun perolehannya dianggarkan meningkat ke USD5.5 billion dari USD2 billion tahun 2015. Jurucakapnya berkata, Uber telah berbelanja banyak dalam pembangunan perkhidmatan kereta tanpa pemandu, perkhidmatan penghantaran makanan, membayar pemandu, di samping tindakan saman dan melobi.

Di Malaysia kami anggarkan sokongan terhadap aplikasi perkhidmatan kenderaan sebegini masih kuat. Namun, perkhidmatan teksi juga masih lagi digunakan secara meluas. Isu #DeleteUber ini secara tidak langsung memberikan kita satu prebiu kepada apa yang akan berlaku jika salah satu perkhidmatan jenis perkhidmatan dibenarkan memonopoli sistem pengangkutan awam di sesebuah bandar/negara. Jika dahulu pihak teksi memonopoli perkhidmatan di ibu negara membawa kepada kemerosotan kualiti perkhidmatan dan di New York, Uber telah menggunakan monopolinya untuk meningkatkan tarifnya secara mendadak.

Diketahui bahawa pihak pengusaha teksi dan syarikat aplikasi perkhidmatan kereta seperti Uber dan Grabcar sedang bersaing untuk merebut pasaran perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan yang ia usahakan. Diharap dengan bantuan SPAD, kedua-dua pihak ini dapat bersetuju ke atas satu sistem yang boleh memanfaatkan semua pihak.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top