Firefly : Lampu Laser Biru Yang Menjimatkan & Mesra Alam

Dalam situasi tertentu, kita tidak memerlukan pencahayaan yang banyak tetapi yang mencukupi bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Contohnya, ketika anda tidur atau menonton TV. Firefly merupakan lampu laser biru yang menggunakan tenaga yang sangat rendah yang boleh mengeluarkan cahaya yang secukupnya untuk situasi yang disebut di atas.

 Firefly : Lampu Laser Biru Yang Cool

Lampu ini menggunakan laser biru dan kebaikan menggunakan teknologi ini berbanding lampu LED atau lampu tradisional adalah cahayanya tidak hanya tertumpu kepada sumber cahaya itu sahaja. Jadi cahaya disebarkan sama rata ke seluruh bilik anda. Ia menggunakan 2 bateri bersaiz AA dan mempunyai ruang untuk 2 lagi bateri tambahan jika diperlukan.

Lampu ini diperbuat daripada 99.6% bahan yang boleh dikitar-semula dan hanya menggunakan tenaga o.4 watt menjadikannya salah satu lampu paling mesra alam di dunia. Jika anda fikirkan lampu 0.4 watt terlalu malap, cuba lihat perbandingan antara lampu-lampu berlainan kuasa dalam gambar di bawah: –

Firefly

Firefly merupakan sebuah projek yang diusahakan oleh Richard Redpath dan mendapat pembiayaan di laman web crowd sourcing, Kickstarter. Walaupun baru beberapa hari mengiklankan projek ini di laman web tersebut, ia telahpun mencapai matlamatnya, malah melebihi sasaran pembiayaan sebanyak USD250,000 dengan tempahan beribu-ribu unit.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek ini atau pun jika anda mahu menyokong projek ini, layarilah laman web Kickstarter.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Umum

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Untuk RM 1800 susah gak nak dapat yang power. Tapi game-game…
  • iMyn: It memang takde siapa dapat copy benda tu, Thinkpad je ada..…
  • Rambutan Goreng: Rindu dengan "mouse" bulat kecik yang kat tengah-tengah keyb…
  • musadun: s6 edge memang terbaik. masa pegang hp ni pun terasa nilai p…
  • fazly: Assalamualaikum brother . Tumpang tanya , nk minta pndapat s…
  • Salazryl: Semua pun tak mampu nak angkat/beli :v Dapat merasa trailer …
  • biro jasa sim: thank your information :D …
 
 

Ruangan Perkenalan