Umum

Iklan Bijak Burger King Mengetengahkan Bahaya Google Home?

Burger King telah menerbitkan sebuah iklan yang bijak. Ia telah diskripkan untuk mendapat reaksi dari peranti Google Home, di mana dalam iklan tersebut, pelakonnya akan menyebut, “OK, Google. What is the Whooper Burger?”. Ini sekaligus boleh menyebabkan peranti Google Home yang berada di rumah penonton iklan ini merespon dengan memberikan jawapannya.

Burger King

Iklan Bijak Burger King Mengetengahkan Bahaya Google Home?

Iklan Burger King yang dimaksudkan boleh ditonton di atas, dan reaksi kepada iklan itu boleh dilihat dalam video di bawah:

Sebagai respon kepada soalan tersebut, peranti Google Home tersebut akan memberikan jawapan yang merupakan definasi Whooper Burger menurut Wikipedia dan sepertimana yang a anda ketahui, Wikipedia terbuka kepada sebarang perubahan dari sesiapa sahaja, termasuk syarikat Burger King sendiri. dengan kata lain syarikat itu boleh menentukan definisi burger tersebut dalam Wikipedia dengan menggunakan ayat-ayat pemasaran yang menggiurkan. Dari segi pemasaran pula, Burger King dapat menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan masa paparan iklan di TV atau media atas talian dan memasukkan ayat-ayat pemasaran utama di Wikipedia, yang kebetulan percuma.

Walaupun perkara ini kelihatan seperti satu cara yang bijak untuk memasarkan produk ia mengetengahkan isu privisi di mana sebarang iklan atau percakapan di media elektronik boleh memanipulasi peranti di rumah pengguna. Walaupun Google segera mematikan kebolehan Google Home untuk merespon kepada sebarang percakapan yang disiarkan pada media elektronik, ia sudah cukup untuk memicu kegelisahan orang ramai.

Ini bukan pertama kali Google Home dijadikan medium untuk mempromosikan sesuatu, malah ia pernah digunakan untuk mempromosikan tayangan filem Beauty and the Beast seperti dalam video di bawah.

Apa pendapat anda? Adakah cara permasaran sebegini boleh diterima oleh anda, atau adakah anda merasakan ia terlalu mengganggu kehidupan seharian anda? Nyatakan pendapat anda di ruang komen atau di laman FB kami.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top