Umum

Imej Jam Tangan Pintar Baharu Fitbit Bocor ke Web

Percubaan pertama Fitbit untuk membangunkan sebuah jam tangan pintar dikhabarkan mengalami masa yang sukar. Namun ini tidak menghalang imejnya daripada bocror ke web. Imej ini didedahkan oleh Yahoo Finance.

Imej Jam Tangan Pintar Baharu Fitbit Bocor ke Web

Jika imej ini merupakan imej rekabentuk sebenar jam tangan pintar Fitbit terbaharu, maka ia memperlihatkan bahawa syarikat itu telah meletakkan usaha yang tinggi dalam mempertingkatkan kualiti binaan jam tangan pintarnya itu bagi menonjol kepada pengguna sasaran yang inginkan fungsi-fungsi kecergasan di samping rekabentuk yang cukup sofistiketed bagi penggunaan harian.

Kredit: Yahoo Finance

Namun, seperti yang dilihat dalam imej tersebut, bingkai di bahagian bawah (dengan tulisan “fitbit) agak sukar diterima dan mengambil sebahagian dari skrin.

Olehkerana imej ini hanyalah sebuah imej, tidak dapat dipastikan ciri-ciri lain yang dipunyai jam tangan pintar ini. Adakah ia mempunyai tali jam tangan yang boleh ditukar-Tukar? atau adakah bahagian badannya boleh ditukar warna? Semua itu tidak dapat diketahui daripada imej ini.

Beberapa minggu lalu, dikhabarkan bahawa Fitbit mengalami kesukaran dalam proses pembangunannya yang menyebabkan pelancaran musim bunga yang dijadual terpaksa ditunda ke musim luruh (sekitar September). Tetapi, sekurang-kurangnya kita mengetahui bahawa syarikat tersebut meneruskan usahanya dalam pembangunan sebuah jam tangan pintar untuk kegunaan harian samada untuk kecergasan atau penggunaan harian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top