Umum

Majalah PiUser Dilancarkan Untuk Peminat Raspberry Pi

Dunia Raspberry Pi telah “meletop” dari segi populariti sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu, dan sebuah syarikat penerbitan di UK, Future telah melancarkan majalah PiUser khas buat peminat-peminat komputer kos rendah itu.

PiUser

Majalah PiUser Dilancarkan Untuk Peminat Raspberry Pi

Majalah PiUser menyajikan nasihat praktikal bagi pemilik Raspberry Pi termasuk panduan dalam bentuk projek yang boleh dilakukan dengan Raspberry Pi.  Naskah pertama menyertakan 20 aksesori tambahan yang boleh diperolehi untuk menjadikan Raspberry Pi anda menjadi suatu yang istimewa.

Ia akan juga menunjukkan bagaimana mengekod dengan Pi menggunakan bahasa pengaturcaraan popular Scratch dan Python di samping menunjukkan contoh-contoh projek Raspberri Pi yang dilakukan oleh pemilik-pemilik Raspberry Pi di seluruh dunia dan menunjukkan aksesori tambahan terbaik untuk dibeli.

Tidak diketahui samada gedung-gedung buku di Malaysia mengimport buku ini, namun ia boleh dibeli secara online pada harga USD15.99 termasuk penghantaran di laman web My Favourite Magazine. Apa pun ia sememangnya sebuah buku menarik untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan hobi mengaturcara gajet buatan sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top