JayBird Gear BlueBuds X : Earphone Sukan Yang Hebat

Ramai antara kita yang gemar mendengar muzik ketika berjogging namun masalah yang seringkali dihadapi adalah kabel earphone yang mengganggu pergerakan sehingga menyusahkan pengguna tersebut. Malah, sekiranya earphone yang digunakan berkualiti rendah, ia akan kerap tercabut daripada telinga akibat peluh. JayBird Gear BlueBuds X merupakan earphone Bluetooth yang direka khas untuk mereka yang gemar berjogging.

JayBird Gear BlueBuds X

JayBird Gear BlueBuds X

JayBird Gear BlueBuds X merupakan earphone Bluetooth yang direka dengan pemegang khas bagi mengunci kedudukannya pada telinga dan mengelakkan tergelincir ketika bersukan. Rekaan khas ini dihasilkan oleh JayBird Gear.

Kelebihannya terletak pada saiznya yang kecil berbanding earphone Bluetooth yang lain yang biasanya mempunyai saiz penerima Blutooth yang besar. Set earphone ini dilengkapi butang kawalan padanya supaya anda tidak perlu mencapai peranti muzik anda untuk mengawal bunyi dan menukar lagu. Ia juga boleh digunakan untuk mejawab panggilan sekiranya ia disambungkan kepada sebuah telefon pintar.

Ia didatangkan dengan beberapa earbud dan pemegang yang berlainan saiz membolehkan anda memilih saiz earbud yang bersesuaian dengan telinga anda. Oleh kerana earphone in merupakan earphone dalam telinga, ia membantu memberikan kualiti bunyi yang baik dan bass yang kuat.

Baterinya boleh bertahan sehingga 8 jam dan dicaj menggunakan kabel Micro USB yang disertakan. Namun kelemahan utamanya ialah harganya USD169.99 yang agak mahal bagi kebanyakan orang. Namun begitu, apa yang anda dapat ialah sepasang earphone premium dan bermutu tinggi.

Tags: , , , , , , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Umum

 

1 Comment

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan